Ikut Musim Atau Ikut Mood

IKUT MUSIM ATAU IKUT MOOD
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


IKUT MUSIM ATAU IKUT MOOD | Alhamdulillah..hujan turun setiap hari..kadang 24 jam..kadang 12 jam..kadang 30 minit.Namun cantiknya aturan Allah SWT..panasnya juga tetap ada.Syukur.Hujan atau panas kedua-duanya rezeki untuk kita semua.Sesekali antara hujan dan panas itu Allah SWT juga hadiahkan pelangi untuk kita tatapi.Segala puji pada-MU Ya Allah yang mencipta sekalian alam.

Tabiat atau sikap kita pun termasuklah PC..kadang macam roller coaster.Kadang macam duduk tepi peti ais.Kadang macam duduk sebelah oven..heeehehe.Bila musim hujan perut mudah lapar..bila cuaca panas tekak mudah kering dan berasa dahaga.Walhal hujan atau panas..makan minum itu keperluan.

Apa yang dipilih.

Ikut musim atau ikut mood.

Makanan.Bila cuaca sejuk..makanan berkuah seperti sup-sup yang boleh dihirup kuahnya menjadi pilihan PC sekeluarga.Kalau tidak berkuah pun,hidangan panas-panas jadi keutamaan..ubi kayu rebus makan dengan ikan kering..air teh o atau milo panas.Peeerrhhh😰Berbanding bila cuaca panas terik..perut kurang berasa lapar tapi tekak sentiasa dahaga.Minuman beraislah yang sering menjadi pilihan atau air sejuk dari peti ais.Huisssss.Lagi banyak berais lebih berat rasa dahaganya.Sesekali PC layan juga ABC..kira macam ganjaran pada diri sendiri bertahan minimumkan minum minuman berais..hehehe.Tapi ada juga memilih makanan atau minuman mengikut mood..mana-mana pun boleh gitulah kaedahnya.Bagus juga sebenarnya..seadanya rezeki.

Fesyen.Secara umumnya,sedia maklum lazimnya apa yang kita pakai bersesuaian dengan agama,budaya dan musim mengikut sesebuah negara itu.Jenis kainnya..rekabentuknya..sepadan dengan apa yang wajar dan mesti diikuti,kerana pakaian itu melambangkan keperibadian seseorang dan dari situ juga kita boleh mengenali budaya masyarakat yang berbilang bangsa.Itu dulu.Ilmu yang diterapkan sedari zaman PC gigi rompong-rompong.Seiring waktu ianya tidak lagi begitu.Keterbukaan di dunia fesyen menerima apa sahaja rupa bentuk atau rekaan daripada ramai pereka fesyen yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia..membuatkan kita diberi peluang untuk melihat,menerima dan mencuba banyak pilihan.Dulu mungkin ikut musim..tapi sekarang lebih ramai yang mengikut mood.Namun begitu..masih ada yang mengikut apa yang Allah SWT perintahkan.

 Ikut musim atau ikut mood.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


18 comments:

  1. Sedapnya makan sup panas musim2 hujan ni dgn air kopi. Kdg2 musim hujan pun pekena ABv jgak. Hehe. Ikut mood jugalah. Apa2 pun semua rezeki dariNya. Musim hujan musim panas pun tetap bersyukur ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..bersyukur...samalah..kadang ikut mood juga kak PC ni...hehe...layan tekak.

      Delete
  2. Replies
    1. Pun betul mama...kalau tak rajin...tak menjadi juga tu...

      Delete
  3. Teman nie bila bab makan pening sket... Jadi, teman makan je apa yang wife masak... Semuanya OK je buat teman nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus...isteri pun gembira je bila suaminya mudah..

      Delete
  4. Kita semua kdg2 ikut musim dan ikut mood juga hehee.. tp betul, dlm amalan, ikutlah yg diredai atas jlnnya yg lurus.. subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Tn...ada masa-masa..huhu..bab amalan tak boleh ikut mood atau musim.

      Delete
  5. kak waktu sejuk ni makan sup cendawan dgn roti. hahahaha terliur sbnrnya bila terbaca sup tu. hahaha

    ReplyDelete
  6. Kadang tu terikut juga nak berfesyen ikut zaman skrg tp bila nak beli tu rasa berat. Last2 pakai apa yang ada. Mungkin Allah masih syg kak ana. Kadang terlajak juga tp cepat2 sedar semula. Moga Allah ampunkan keterlanjuran kak ana.

    ReplyDelete
  7. Setuju tu, makanan pun ada musimnya.. hujan ni asyik lapar je.

    ReplyDelete
  8. Betul tu PC dulu bermusim sekarang ni ikut mood moga tak lari dari pegangan kita

    ReplyDelete
  9. ikut mana yang terbaik itu lebih baik :)

    ReplyDelete
  10. Betul tu PC.. kadang ikut mood juga Kak Sue nie. Cuma kalau ikut aturan agama Islam kita tak boleh lah ikut mood kan mana yang wajib tu..

    ReplyDelete

  11. بسم الله الرحمن الرحيم تقدم لكم شركة الكمال جميع خدمات رش المبيد يجميع انحاء المملكة بافضل انواع

    المبيدات للقضاء على جميع الحشرات الطائرة والزاحفه كالصراصير والفائران والنمل الابيض والبق

    والذباب والناموس
    شركة رش مبيدات بالطائف
    شركة رش مبيدات بجازان
    شركة رش مبيدات بحائل
    والسلامه عليكم ورحمة الله وبركاته

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.