Lakukan Dengan Santai

LAKUKAN DENGAN SANTAI
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


LAKUKAN DENGAN SANTAI | Redup sahaja suasana.Tidak muram tapi tenang.Sekejap redup.Sekejap ada cahaya menyelit.Eh,,dia main cak cak ba pulak.Selamat pagi Jumaat untuk semua sahabat-sahabat blogger.Yang bercuti hari ini..selamat bercuti.Yang sedang dan akan bertugas selamat melunas tugas.

Lakukan dengan santai.

Santai bukan main-main.Santai itu bertenang tapi jelas dan selesai dengan sebaik-baiknya.Justeru itu jangan campurkan main-main dalam santai takut hujungnya tak terlepas dari rantai..tunggu dengan terpaksa redha dibantai.

Jangan paksa atau desak keterlaluan.Paksaan..desakkan boleh mengubah sikap seseorang.Kalau menjadi lebih baik alhamdulillah..bayangkan kalau berlaku sebaliknya..tidak ke menyusahkan diri sendiri dan orang lain.Jangan melulu.Kenali dahulu dengan siapa kita mahu desak atau paksa.Jangan fikir semua orang sama.Setiap orang cara penerimaannya berbeza-beza.

Hari Jumaat.Lakukan dengan santai tapi istiqhamah.Slowly but surely..little bit but always do it.Perkara sunnat dan sunnah.Buatlah sikit-sikit.Kerana yang tamak selalunya kerugian.Tak boleh buat semua jangan tinggal semua.Zikir..potong kuku..baca surah Al Kahfi..sedekah..buat ikut mampu.InsyaAllah penerimaan dan penilaian Allah itu tidak pernah salah.

LAKUKAN DENGAN SANTAI

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Lakukan dengan santai
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

20 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Waalaikumussalam KaK PC

    Salam Jumaat.

    Setuju dgn apa kak PC ckp, mendesak atau memaksa keterlaluan boleh ubah sikap seseorang. Kdg2 boleh jd stress juga. Hehe

    Lakukan apa2 pun perkara yg baik dgn istiqomah. Biar sikit/perlahan. Tapi berterusan.

    Have a nice day

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada orang boleh terima desakkan...ada orang makin didesak makin memberontak..

      Padam
  2. Salam Jumaat kak PC.

    tak semua orang boleh terima bila di desak mahupun di paksa. dan kita tak boleh anggap semua orang boleh dibuat begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul....tak semua orang boleh didesak sesuka hati.

      Padam
  3. Sedikit demi sedikit... lama-lama jadi bukit... Paksa bukan satu cara yang terbaik... bergantung kepada keadaan... jika ada pilihan, pilih lah cara yang lebih baik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..ikut keadaan...kadang kita perlu desak juga diri sendiri...pada hal yang baiklah..

      Padam
  4. ada masa kena serius dan ada masa boleh bersantai je. tgok keadaan la....

    BalasPadam
  5. Salam jumaat kak pc..Semoga tiap kita lakukan Allah redha.. aamiinn..

    BalasPadam
  6. Salam jumaat betul bukan semua orang suka di desak dan di paksa. Lain hasilnya nanti sendiri yang susah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..toleransi pada hal yang sepatutnya...desak pada yang perkara yang betul-betul perlu.

      Padam
  7. Salam Jumaat PC.. betul tu, Kak Sue pun tak suka kalau dipaksa-paksa. Elok kita mood baik terus moody seharian.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila terpaksa..tak sepenuh hati kan kak...tu yang silap-silap lain jadinya.

      Padam
  8. betul PC..Lakukan dengan santai tapi istiqhamah.Slowly but surely..little bit but always do it...tu yg sebaiknya bukan dgn paksaan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati lapang...fikiran tenang...urusan insyaAllah mudah kan kak..

      Padam
  9. W'salam PC..
    LZ pun jenis tak suka dipaksa.. Kalau dipaksa hati akan memberontak dan hasilnya tiada keikhlasan.. Kalau buat sesuatu biarlah secara sukarela dan bak kata PC : santai.. Lebih baik begitu..

    Selamat hujung minggu dan didoakan semoga PC terus dikurniakan kesihatan yang baik & dilindungiNya selalu, aminnn..

    BalasPadam
  10. Lakukan apa pun perkara yang baik itu dengan istiqomah. Biar perlahan. Tapi berterusan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama