Kikis Perlahan-lahan

KIKIS PERLAHAN-LAHAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


KIKIS PERLAHAN-LAHAN | Kerak di kuali.Kerak di periuk.Macam mudah bersihkannya.Sebenarnya agak susah.Tapi zaman sekarang banyak alat atau bahan pemudah cara untuk membersihkan kerak-kerak degil.Daki-daki lama..tahi lalat pada pakaian dan sebagainya.Peralatan dapur yang hitam legam boleh berkilat seperti baru.Macam melampau sangat macam baru beli..tapi baru digunakan sekali dualah lebih tepat dan sesuai.

Kikis perlahan-lahan.

Datang suci.Balik pun suci.Bayi yang baru lahir sangat suci.Sangat bersih.Sangat terpelihara.Ibu bapanya yang mencorakkannya mahunya seperti apa.Itu semasa kecilnya.Ya,sedari kecillah dilakar,diwarna dan diacuankan.Bukankah boleh berubah seiring waktu?..Benar.Manusia boleh berubah.Tidak mustahil.Namun jika teguh tiangnya insyaAllah kukuh wujudnya seorang insan.Tiada ibu bapa mahukan anak yang tidak berhaluan.Begitu juga anak-anak pastinya tidak mahu ibu bapanya hidup tidak bertujuan.Terbatasnya kemampuan kita..mana mungkin dapat melangkaui kehendaknya Allah SWT.Tiada istilah malang..tapi ada apa yang dipanggil ujian.Pada setiap yang kurang baik,kikis perlahan-lahan supaya kita datang ke dunia (lahir) ini suci,balik (mati) pun suci.

Langkah demi langkah.Orang yang dah terbiasa memakai alat solek diwajahnya..akan berasa pelik jika tidak melakukannya.Begitu juga orang yang tidak pernah atau tidak biasakan dirinya bersolek.Walau bersolek tipis dirasa ada yang pelik pada wajahnya.Persamaannya adalah untuk mengubah atau berubah daripada kebiasaan kepada satu tindakkan yang baru itu perlukan masa dan langkah demi langkah.Meninggalkan rutin lama..memulakan rutin baru itu sukar lebih-lebih jika lakukan separuh hati.Nak berubah bukan macam nak buat ABC.Sebaliknya lakukan seperti mahu mengait sehelai selimut..perlahan-lahan..tapi selalu dan tekun hingga selimut itu siap digunakan kerana mahu berubah ini macam tarik duri dalam daging..sakit.

Parut yang berbekas.Luka pasti berparut.Kesan itu jadikan ingatan atau sempadan.Jangan ditambah tapi dirawat.Aib kita Allah SWT yang jaga.Jangan bimbang.Kikis perlahan-lahan rasa yang membinasa.Cari dan cungkil rasa yang membina.Gilap agar kita pun nampak terang di penglihatan Tuhan.امین.

Kikis Perlahan-lahan

#sama-sama mencari redha Allah SWT

7 comments:

  1. Sikit sikit lama lama jadi bukit.
    Better late than never orang putih kata.
    Moga yang putih dpt mengikis si hitam yg ada dlm hati kita. Amin.

    ReplyDelete
  2. setiap yang dikongsi,buatkan saya sentiasa berfikir dan mencari makna..terima kasih ya =)

    ReplyDelete
  3. Asalam..teruskan usaha menjalani kehidupan di samping mengejar amal-amal yang baik

    ReplyDelete
  4. Banyakkan amalan untuk memutihkan diri

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  6. Good sharing PC.. semoga kita semua berusaha ke arah yang lebih baik kan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.