Dorongan

DORONGAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


DORONGAN | Bangkit sendiri itu mungkin agak lambat sedikit berbanding bangkitnya seseorang itu disertai dengan dorongan yang tidak berbelah bahagi.Penting sangatkah dorongan pada kita dan orang lain.Bagi PC..ya,sangat-sangat penting.Tapi dorongan yang baiklah.Kalau dorongan yang buat haru biru dan memusnahkan..penting juga...penting untuk dicantas dengan kadar paling pantas.

Dorongan.

Pilihan.Banyak cara boleh dipilih untuk memberi dorongan.Kata-kata semangat.Bantuan dari segi tenaga.Bantuan kewangan.Jangan dilupa doa juga adalah satu dorongan yang sering kita perlukan.Ikutlah mana yang dirasakan mampu dan selesa untuk dilakukan sebagai satu dorongan yang benar-benar tulus.

Niat tidak menghalalkan cara.Salah tetap salah.Mahu mendorong itu bagus.Tapi jangan sampai ketika mahu memberi dorongan itu mengaibkan atau membuat orang seperti tidak berperasaan.Adalah lebih baik memberi sokongan atau dorongan yang berupa nasihat itu secara tertutup.Walaupun dikhalayak yang semuanya saling mengenali..tetapi setiap kita ada perasaan malu yang mesti sama-sama dijaga.

Ada bahagiannya.Mungkin hari ini kita memberi dorongan pada orang lain untuk menjadi lebih baik dan terus maju.Tidak mustahil di satu keadaan kita merasai dan mendapat dorongan positif daripada orang lain juga.Bantuan sebesar zarah pun ada nilai dan ganjarannya daripada Allah SWT.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


11 comments:

  1. Bagi Mrs. A dorongan itu perlu terutamanya kepada anak-anak.
    Anak-anak terutamanya yang remaja. Zaman sekarang ni macam-macam cabaran mereka itulah kalau mereka minat sesuatu yang baik ibu/bapa pun perlu juga bagi galakkan dan dorongan biar mereka lebih yakin mereka boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..memberi dorongan pada anak-anak..ibu bapa umpama tulang belakang anak-anak.

      Delete
  2. Julia suka baca kisah dorongan cara betul oleh PC...seronok baca sebab macam rasa PC tengah bagi kata2 motivasi depan julia...TQ PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.Alhamdulillah.Moga ada sedikit kebaikkan yang dapat Julia ambil dari perkongsian ini..Aamin.

      Delete
  3. Semangat, iltizam dan tidak mengenal putus asa itulah dorongan yang terbaik untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. membaca post dekat blog ni pun menjadi satu dorongan kepada saya =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah mendapat dorongan membaca entri ini

    ReplyDelete
  6. Bagus kan kita selalu bagi dorongan yang baik untuk orang sekeliling kita..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.