Tidak Semudah Terbalikkan Telapak Tangan

TIDAK SEMUDAH TERBALIKKAN TELAPAK TANGAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


TIDAK SEMUDAH TERBALIKKAN TELAPAK RANGAN | Hidup penuh dengan pelbagai agenda.Banyak perancangan.Bermacam impian juga harapan.Setiap waktu akal sentiasaberfikir dan terus berfikir.Keinginan bercambah dan terus bertambah.Keperluankah atau kehendakkah yang disenaraikan.Diri sendiri yang tahu.Dan kalau mahu menapis pun diri sendiri juga yang boleh menapisnya.

Tidak semudah terbalikkan telapak tangan.

Tidak Semudah Terbalikkan Telapak Tangan

Tugas yang digalas.Baik tugas di tempat bekerja.Atau tanggungjawab sebagai ummat Baginda dan hamba-NYA.Semua ada buku masing-mading juga.Lihat,eh mudahnya dia.Dengar,eh senangnya dia.Sebenarnya tidak semudah yang disangka juga.Walau lain bentuk cubaannya..ia tetap ada.Di waktu yang tidak sama.Di keadaan yang juga berbeza-beza.

Lebih besar periuk lebih tebal jugalah keraknya.Lebih besar dan tinggi statusnya maka lebih besar dan banyak risiko serta bebannya.Apa yang dicari.Apa yang dikehendaki.Setiap individu ada target masing-masing.Bila bersuara atau memberi pandangan yang dirasakan paling jujur..ya itu tidak salah cuma mungkin sesekali perlu meletakkan diri sendiri di situasi.

Hidup tidak semudah terbalikkan telapak tangan.Kalau hidup itu mudah,indah bukan di dunia tetapi di syurga.Sehingga waktunya tiba..bersusah dahulu di mana yang sewajarnya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

15 comments:

  1. Betul tu PC.. hidup nie bukan mudah tapi kita teruskan juga dan doa yang baik-baik aja semuanya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Sue.Cabaran sentiasa ada.Tanda DIA kasih.

      Delete
  2. ya, betul.. dalam meniti perjalan hidup kita, pasti ada dugaan yang menghampiri.. hadapi sebaiknya dengan tenang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Moga ianya mendidik kita jadi lebih sabar.Aamin.

      Delete
  3. kadang terasa berat dengan dugaan hidup ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih berat lebih berpahala lebih Allah cinta.Aamin.InsyaAllah.

      Delete
  4. Huhu betul tuu kadang rasa penatnyaa dengan kehidupan ni. tapi tulah, life must go on. Allah ada! Walau perit dan susah, manisnya jugak mesti ada. Hehe :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai..moga penat kita di dunia Allah ganti rehat sungguh-sungguh di syurga..Aamin.

      Delete
  5. Asalam PC..memang betul apa yang dicakap..mungkin seiring dengan keadaan keluarga makin bertambah banyak keperluan..andai usaha kuat maka dapat lah rezeki lebihan boleh lah memberi apa yang lebih bagi yang memerlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Cikgu.Betul Cikgu.Usaha lebih dapat lebih..lebih juga boleh menikmati dan agih-agih..

      Delete
  6. Setuju dengan tuan admin. Bagi teman, hidup adalah sesuatu yang perlu di terokai. Hargailah apa yang kita miliki dan sentiasa bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan untuk kita... tidak putus untuk berdoa kepada Allah. Semoga kita Istiqomah dalam ibadat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..terokai..baik ambil..buruk hindarilah.Setiap apa pun ada asbabnya yang tersendiri.

      Delete
  7. Tiket ke syurga mahal nilainya. Kena usaha perbaiki amal,akhlak,ibadah. Tanggungjawab hamba jangan dilupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...setuju kak Ana.Usaha dengan gigih menuju ke arah itu.Aamin.

      Delete
  8. Setuju.. semoga sentiasa menjadi peringatan buat kita semua. Kepada Allah jua kita berserah atas usaha, doa dan tawakkal.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.