Pemandu

PEMANDU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


PEMANDU | Mengikuti kelas memandu dan lulus ujian memandu hingga memperolehi lesen memandu itu syarat membolehkan seseorang itu memandu kenderaan.Mengikut kesesuaian jenis lesen yang diambil.Memandu tanpa lesen itu menyalahi undang-undang.Tidak memandu biar pun berlesen itu bukan satu kesalahan.Mungkin hanya satu kerugian kecil..setiap individu ada alasan sendiri mengapa gemar memandu dan sebaliknya.

Hebat menjadi pemandu kenderaan di atas jalan atau litar perlumbaan itu nikmat..tapi kalau diseiringkan menjadi pemandu yang hebat di dalam kehidupan itu juga pastinya satu rahmat yang luar biasa.SubhanaAllah.

Pemandu.

Pemandu

Al Quran dan hadis serta sunnah rujukkan ummat.Pemandu terbaik untuk kita hambaNYA dan umat Nabi Muhammad SAW.Menjadi panduan,rujukkan dan jawapan pada setiap persoalan atau keraguan sesiapa pun yang mencari kepastian.Wahyu daripada Allah SWT..kepada Baginda Rasulullah SAW untuk jadi pegangan umat.Ke mana pun tersasar..di mana pun khilafnya..bagaimana juga terlontar jauh..kembalilah pada Al Quran,hadis serta sunnah yang ada.InsyaAllah baik-baik sahaja nantinya.

Imam.Seorang lelaki yang sudah berkahwin adalah imam bagi isteri nya.Apabila dikurniai zuriat..bertambah makmumnya..menjadi imam kepada isteri dan anak atau anak-anaknya.Mahu tidak mahu itulah perjalannya yang mesti dilalui.Bukan sekadar memenuhi kecukupan nafkah zahir dan batin isteri dan anak-anaknya..menjadi soleh itu juga perlu untuk membina sebuah bahtera berkeluarga yang sakinah mawadah warahmah.Jangan tergesa-gesa mahu menjadi soleh atau solehah takut nanti tergesa-gesa juga mahu kembali kepada asalnya.Semua memerlukan proses asal jangan sengaja bertangguh dan memberi 1001 alasan.

Siapa pun kita boleh menjadi pemandu.Boleh belajar menjadi pemandu.Asal sentiasa membawa penumpang atau orang lain ke jalan mencari redhaNya..itu sudah sangat baik dan indah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

5 comments:

  1. sama2 jaga keselamatan di jalan raya

    ReplyDelete
  2. Baca Doa naik kenderaan..Ayat2 s=suci Allah inshaAllah mari kita amalkan

    ReplyDelete
  3. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete
  4. Setiap pemandu kena Ada panduan sebaga pemandu. Well said pc. Tq

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua semasa memandu mahupun atas apa jua perkara dan pekerjaan yg baik dilakukan, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.