Ada Batas

ADA BATAS
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Keluar pagi balik senja
Jangan diamal itu berbahaya
Mahu bergaya eh boleh sahaja
Ada batas wajib waspada

Awal subuh perah kelapa
Kelapa parut dua biji sahaja
Bergurau berjenaka boleh juga
Jaga adab jangan dilupa

Tiada salah bersuka-suka
Fitrah hamba begitu sememangnya
Jangan lupa dalam bersuka ada batasnya
Hindari keterlanjuran memusnah segalanya

Pergi pasar beli penyapu lidi
Sapu sawang sana sini
Terlanjur kata merana diri
Sebelum terjadi bataskan diri

Pergi sekolah naik bas
Pemandu bas ayah si Abas
Bukan ubi sahaja perlu berbatas
Hidup insan juga perlu ada batas

Pergi ke hutan mencari rotan
Hati-hati terpijak duri
Pasti berhikmah syariat membataskan
Demi kebaikkan diri sendiri

Semua hukum Allah sudah tersedia
Setiap kemusykilan rujuk sahaja
Bukan untuk menyusahkan hamba
Melainkan menghindari azab di sana

Awal pagi hidupkan kipas
Rasa berbahang cuaca panas
Jangan diamal pergaulan bebas
Mengelak diri dari terus terbabas

#sama-sama mencari redha Allah SWT




16 comments:

  1. betul tu.. semua ada batas... dan peraturan Allah, ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  2. Deep...Semua kena ada batas.. =)

    ReplyDelete
  3. SENTIASA ADA BATAS SEMPADAN DLM LAKUKAN SESUATU

    ReplyDelete
  4. kadang dalam tak sedar kita melampaui batasan

    ReplyDelete
  5. Betul tu PC. Kadang tgh kita galak bersuka ria mesti ada terlepas kata yg mengguris hati orang. Jadi kena sentiasa bersederhana je.

    ReplyDelete
  6. smoga kita smua sntiasa dlm redha NYA. amin.. :)

    ReplyDelete
  7. Walau apa pun yang kita lakukan, perlu sentiasa ingat akan batas batasnya.. bukan main redah..

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org2 yg melampaui batas. Terima kasih atas peringatan ini PC

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.