Boleh Hilang Fokus Bila

BOLEH HILANG FOKUS BILA | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Ada orang boleh tidur dalam keadaan gelap gelita, bising yang hingar bingar. Ada juga yang sebaliknya. Perlu cahaya walau sedikit dan suasana sunyi untuk tidur.

Begitu juga kisahnya dengan "fokus".. skala fokus atau tumpuan manusia berbeza-beza. Ada kelebihan, kekurangan serta keunikkan masing-masing juga. Bawaan diri masing-masing yang Allah SWT beri.

Boleh hilang fokus bila

Jiwa dan fikiran tidak tenteram. Penting sangat memiliki jiwa dan fikiran yang tenang dan tenteram. Agak mustahil manusia tiada masalah biar sekecil biji sawi. Wajar selagi kita hidup ada masalah atau ujian kerana ianya untuk menjadikan kita lebih belajar tentang kehidupan dan ingat bahawa itu tanda Allah SWT sayang. Cuba atasi dan kawal masalah itu agar tidak menganggu fokus kita supaya isu seperti  buat lain ingat hal lain.

Kesihatan terganggu. Bila jiwa dan fikiran tidak tenteram seterusnya mengakibatkan kesihatan kita turut terganggu.Ya, sakit atau penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Namun andai berlarutan usahakan untuk mencari penawarnya.

Persekitaran. Sibuk. Bising. Ada sesetengah aktiviti atau pekerjaan memang berada di tempat atau persekitaran yang sangat sibuk dan bising, memang begitulah keadaannya. Ada sesetengah pekerjaan pula memang sangat memerlukan persekitaran yang tenteram dan sepi. Bagi keperluan seperti ini keadaan yang serabut, kelam kabut, ianya boleh membuat kita hilang fokus dan tak mustahil menjadi marah.

Allah SWT tidak izin. Apa pun, sesuatu itu semua dengan izinNYA juga. Terkadang tanpa asbab yang dominan pun automatik kita boleh hilang atau tersasar untuk fokus.

Boleh hilang fokus bila

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Boleh Hilang Fokus Bila

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Saya pun sedang hilang fokus pada satu perkara tu, saya biarkan dulu. Kita fokus pada perkara lain.

    BalasPadam
  2. ciksun mudah hilang fokus kalo tengah buat kerja, ada orang bukak lagu kuat-kuat..

    BalasPadam
  3. Salam . Setuju susah tu jika tak fokus..buat sesuatu kena ikhlas..inshaAllah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama