Header Ads

Dengan Ilmu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Dengan ilmu;

Besyukurlah biar dengan sedikit ilmu
Bukankah kehidupan itu pembelajaran
Maka teruskan menuntut dan mengutip ilmu
Teruskan juga titipkan ilmu
Moga menjadi saham dan pelaburan
Mudah-mudahan harapannya

dengan ilmu
KREDIT GOOGLE IMAGE

Ada yang dikenali kerana ilmu
Ada yang dicari-cari kerana ilmu
Ada yang diidolakan kerana ilmu
Ada yang disanjung ditatang kerana ilmu
Allahu.Allahu.Allahu
Namun;
Jangan jadi riak kerana ilmu
Jangan lupa diri kerana ilmu
Jangan menindas orang kerana ilmu
Jangan silap taksub kerana ilmu

Bergurulah untuk mmenuntut ilmu
Beramallah dengan ilmu
Lakukan apa pun biar dengan ilmu
Jangan melulu
Jangan terus terburu-buru nafsu

Dengan ilmu;

Manusia boleh mengumpul harta dan pahala
Manusia boleh juga menjadi pendosa

Ingat;

Setinggi mana pun ilmu manusia
Tidak tertandingi ilmu DIA

#sama-sama mencari redha Allah SWT


logoblog

14 ulasan:

  1. siapa la kita kalau tidak bukan dengan ilmunya yang menciptakan kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak..setinggi-tinggi ilmu itu milik DIA hinggamenciptakan kita dan seklian yang ada di langit dan di bumi.

      Padam
  2. Manusia lebih dipandang mulia dgn ilmu.. amal ibadah juga perlukan ilmu agar kita dpt menyampai kpd keredhaanNya. Menuntut ilmu pun satu ibadah... subhanallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat.Ilmu itu satu tiket atau laluan di dunia untuk meraih akhirat juga.Betul dimanfaatkan..baik jadinya.aamiin.

      Padam
  3. AMALKAN ILMU WALAU SEDIKIT SAJA YG ADA

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat kak PI..sedikit jika di amalkan tetap memberi ganjaran juga.

      Padam
  4. Darjat manusia diukur daripada ilmunya yang bermanfaat kepada manusia dan kehidupan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..betul..betul.Lebih dihargai dan lebih dipandang..namun jangan sampai hanyut dek ilmu yang Allah pinjamkan..ada ilmu juga ujian.

      Padam
  5. jangan jemu menuntut ilmu dalam apa juga sekali pun keadaan. lihat sekeliling juga kadang2 ada ilmu yang dapat dipelajari =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat.Proses pembelajaran adalah sepanjang hayat di dunia..

      Padam
  6. Tuntut ilmu dengan apa cara ..ilmu tak akan habis..terbaik PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat Cikgu.Selagi ianya ilmu bermanfaatkan Cikgu.Moga bantu kita juga di akhirat kelak.Aamiin.

      Padam
  7. mencari ilmu dan beramal, insya Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.seimbangkan..untuk dunia dan akhirat.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..