Harap Faham Bukan Yoyo

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbT

HARAP FAHAM BUKAN YOYO

Biar Tuhan tentukan
Selepas usaha
Setelah doa
Kemudian tawakkal

Manusia;
Sesama manusia
Sesama makhluk
Sama-sama;
Berkasih sayang
Sentiasa menghargai
Selalu saling menjaga
Bukan menguasai
Jangan kuasai

Jangan sesukanya
Jangan ikut rasa
Jangan hingga rebah musnah

Harap faham bukan yoyo
Lempar deras
Kembali ke genggaman kemas
Bukan begitu mudah mengatur
Namanya manusia
Ada rasa
Ada citarasa
Ada prinsip berbeza-beza

Jangan mudahnya menunjuk
Agar tunduk ikut menurut
Harap faham
Bukan yoyo

#sama-sama mencari redha Allah SWT

6 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.