Berkesan Dan Terkesan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERKESAN DAN TERKESAN | Tidak mampu dinafi sangat banyak perkara terjadi sepanjang kehidupan kita.Sama ada yang kita harapkan menjadi..atau terjadinya di luar kesediaan kita untuk terima atau laluinya.Allah.Ada yang kesannya tidak mampu diluputkan daripada ingatan.Ada yang sangat mudah dilupa dan dibiarkan.

Ada tahap dan peringkatnya.Ada skala dan ukurannya juga.Apa pun yang berlaku baik dalam tempoh yang singkat atau dalam tempoh yang panjang..persoalannya...sejauh mana berkesan dan terkesannya pada diri manusia itu sendiri secara individu,keluarga seterusnya masyarakat.Belajarkah kita. Ambil pengajaran jugakah kita .

Penerimaan dan tanggapan orang tak sama.Pemulihan perasaan juga berbeza pada tahapnya.Peringkat trauma melalui sesuatu peristiwa ada perbezaan satu dengan yang lain.Faktor umur juga memainkan peranan dan kesan sesutu perkara itu berlaku turut menyumbang berkesan dan terkesan peristiwa itu diminda dan jiwa manusia.

Satu hal yang paling penting adalah...setelah banyak perkara berlaku dan dilalui baik kepada diri sendiri..atau kepada insan disekeliling kita...sejauh mana berkesan dan terkesannya kita..apakah input baik yang kita ambil dan aplikasikan dalam menjalani kehidupan seterusnya..adakah sekadar mencurah air dipermukaan daun keladi...atau dibiarkan berlalu bagai angin yang bertuip..semuanya berbalik pada diri sendiri.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

5 comments:

  1. Rangkaian kata-kata yang indah, penuh makna, dan berkesan...btw saya tak nak lah seperti air di daun keladi...;)

    ReplyDelete
  2. Benar sekali, kita manusia punya perasaan, saling memaafi dan ada kala maaf tapi tak dilupakan tu juga agak susah sbb kita bukan Nabi, manusia banyak buat dosa, maka jalan ketenangan istigfar selalu. Agar Tuhan lembutkan hati kita.

    ReplyDelete
  3. betul tu. semuanya berbalik kepada diri kita..

    ReplyDelete
  4. Bergantung pada situasi. Ada masa bagi kesan hingga sukar melupakan. Adakalanya ianya memang bagai angin lalu.

    ReplyDelete
  5. Kehidupan ini bnyk pengajarannya buat kita semua, terpulang masing2 sama ada mengambil iktibar memperbaiki diri atau sebaliknya. Tak semua perkara itu mudah, namun kepada Allah jua kita berserah dgn rahmat pertolongan dan keberkatanNya, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.