Header Ads

Jangan Santai Kosong

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Santai-santai hujung minggu
Pakai baju warna unggu
Sambil borak sambil dengar lagu
Hai sahabat blogger buat apa tu

Pergi Melaka beli belacan
Buat sambal campur mangga muda
Terus gerak buat amal kebaikkan
Tidak terikat dengan tempat dan masa

Puas sudah asyik berfikir
Letih befikir tidurlah pula
Sambil santai sambil zikir
Dapat juga tambah pahala

Berselera makan pisang goreng
Sambil minum teh o tanpa gula
Elak bercerita kisahnya orang
Untungkan dia rugikan kita

Sesekali ke laut mencandat sotong
Dapat banyak sedekah pada jiran
Sebaiknya jangan santai kosong
Isilah walau sedikit dengan pengajaran

#sama-sama mencari redha Allah SWT



logoblog

11 ulasan:

  1. Aaamiinnn insyAllah..
    Sama-sama kita istiqomah ...

    BalasPadam
  2. santai yang ada unsur ketaqwaan ..lebih kepada hal2 dunia dan akhirat memperbaiki diri

    BalasPadam
  3. Benar tu.. teringat kata2 ustaz agar kita sentiasa menjauhi perkara atau perbuatan yg sia2. Santai kosong pun boleh jadi perkara yg sia2 juga. Semoga kita semua sentiasa dijauhkan.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. InshaAllah. Usahakan sebolehnya.

      Padam
  4. insha Allah.. sama-sama kita cari redha Allah...

    BalasPadam
  5. Semoga Allah redha dengan usaha kita menulis disini..

    BalasPadam
  6. InsyaAllah.. santai dengan berfaedah..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..