JANGAN MUDAH-MUDAHNYA SAMBUT

JANGAN MUDAH-MUDAHNYA SAMBUT

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Rakit patah ganti sampan
Sampan dibuat dipinggir hutan
Cabar mencabar percikkan pertelingkahan
Jangan dilayan semakkan fikiran

Sayang-sayang buah kepayang
Jangan maruah kau pertaruhkan
Andai benar katanya sayang
Sama-sama menjaga kerana Tuhan

Menyeluk pekasam ke pangkal lengan
Pekasam diisi dalam mangkuk
Andai pasti tiada kaitan
Tidak usahlah menghulur tengkuk

Tajam sungguh pisau belati
Kerap diasah mejadi kilat
Andai perkara tidak pasti
Jangan mudah-mudahnya diri terpikat

Nyenyak sungguh puteri beradu
Berselimut baldu warna biru
Palsu atau benar pastikanlah dahulu
Jangan terlalu pantas menyebar yang belum tentu

Tinta Perdu Cinta ❤
JANGAN MUDAH-MUDAHNYA SAMBUT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. banyak sangat berita palsu sekarang ni
    Selidik dahulu sebelum percaya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama