Kenapa Ya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KENAPA YA | Sangat banyak soalan.Persoalan demi persoalan satu per satu wujud secara semulajadi dari hati dan fikiran kita..atau persoalan yang sengaja direka dan diwujudkan untuk mencabar tahap serta keteguhan apa yang diusahakan atau sedia maklum wujud juga adanya.

Kenapa Ya
KREDIT GOOGLE IMAGE

Ada persoalan kerana benar-benar ingin tahu kerana mahukan penjelasan.Ada pula jenis persoalan atau soalan dilontarkan bertujun untuk membuat orang lain atau pihak lain berasa goyang atau goyah.Tidak berasa aneh juga pada soalan yang mencetuskan provokasi.Tidak perlu keluar jauh....waima dalam keluarga sendiri pun terkadang ada tukang beri soalan yang bukan selayaknya diberi atau terima penjelasan maka orang seperti ini wajar dinasihati agar menjadi lebih peka dan bijak sebelum bertanya.

Mahu tahu?..bertanya.Sudah tahu lakukan dan amalkan.Ada sesetengah perkara boleh disangkal.Ada banyak hal tidak boleh dipermainkan.Bermain-mainlah pada permainan untuk bermain..tapi tidak semua perkara itu boleh jadikan barang mainan.

Kenapa ya;

Semakin dinasihat..semakin dimarah semakin menjadi dan melakukan.Manusia suka bebas.Tidak suka dicabar tapi suka mencabar.Ada yang suka bebas tetapi tetap menjaga batas.Ada yang bila bebas terus terbabas.Mahunya terbang bebas seperti burung sedangkan tidak menyedari banyak senjata sedang dipacu ke arahnya.

Susahnya menerima nasihat dan teguran.Terlupa diri tidak sesempurna mana seperti yang dirasa.Bahaya bila berasa sudah cukup baik dan sempurna sentiasa.Itu membuatkan manusia mudah untuk lakukan kesilapan demi kesilapan.

Semakin mahu berubah semakin banyak cabaran.Cabaran itu dirasakan bererti kita sedang berjuang dan mencuba.Bila sungguh-sungguh mahu berubah apa yang dirasa cabaran itu hanyalah asam garam perjuangan dan ditelan dengan kesabaran serta semangat.Tidak dinafi..separuh hati untuk melakukan kebaikkan itu akan sentiasa membayangi.Antara ya dengan tidak.Antara berat dengan ringan.Antara rela atau terpaksa.Kerana syurga itu mahal.Sangat mahal.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

6 comments:

  1. sukar berdepan dengan org yg susah menerima nasihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita jadi penat secara tak langsung. Penat emosi.

      Delete
  2. Hendak berubah atau berhijrah ke arah yang lebih baik itu memang banyak cabarannya.
    Kena tetapkan hati dan fokus fikirkan yang baik-baik sahaja selepas perubahan itu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dan lepas berubah kena jarakkan diri dari hal lama yang tidak baik. Cari kawan yang boleh kejutkan kita bila mula lalai.

      Delete
  3. betul lah PC. org bila bab bg nasihat pandai tp bila org nasihat atau tegur dia kemain dia melenting. kenapa ya?? tepuk dada tanya iman selayaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Majoriti gitu. Mudah nampak silap orang.. Bila orang tegur silap dia tak terima .

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.