Header Ads

Terbuka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERBUKA | Banyak cara untuk meluah rasa.Mahu menyampaikan isi hati sama ada senang hati atau kurang berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang berlaku.Seperti biasa yang sering PC kata lain orang lain cara..hak masing-masing sebenarnya.Kalau zaman dulu apa pun pesanan ditulis digulung rapi kemudian diikat pada kaki burung helang atau merpati..namun sekarang klik sahaja dihujung jari.Maka berleluasalah sana sini.

Memberi dan meminta maaf.Tidak perlu kumpul pun permohonan maaf hingga menjelangnya hari raya.Kerana kita tidak pernah tahu sekadar mana Allah pinjamkan usia untuk kita.Kalau rasa buat salah atau khilaf..segera minta maaf.Minta maaf dan berubah..bukan minta maaf untuk lepaskan diri semata-mata esok lusa ulang kesilapan yang serupa.Itu degil namanya.

Memberi dan menerima bantuan.Ada ketika kita lebih maka berilah.Adaketika mungkin kita kekurangan tidak salah untuk menerima.Hakikatnya kita semua adalah pemerima daripada Allah SWT.Sebelum kita memberi sebenarnya kita terima rezeki terlebih dahulu daripada DIA.Justeru..terbukalah untuk memberi dan terbuka juga untuk menerima.Mulia kita jangan dibangga.Hina itu bukan selamanya.

Memberi dan menerima pendapat.Tidak boleh dinafi.Komunikasi dua hala itu sangat penting.Sangat berkesan kalau betul caranya.Tepat tekniknya.Bila ada komunikasi bererti akan berlangsunglah memberi dan menerima pendapat satu dengan yang lain.Mahu tidak mahu setiap orang harus sentiasa terbuka menerima cadangan atau teguran.

Berterima kasih.Dua perkataan tapi beratnya macam dua tan pasir untuk disebut pada setiap waktu bila perlu.Ada yang membudayakan tidak kurang yang membuta dan membisukan etika ini.Kedekut untuk berterima kasih itu merugikan.Berterima kasih itu salah satu tanda penghargaan dan menghargai keringat orang lain dan keringat sendiri.Di kerusi empuk atau atas lantai kita duduk.Dilaluan berkerpet atau jalan berlumpur kita lalui..terbukalah berterima kasih.Jangan pilih-pilih.

Terbuka pada tempatnya itu perlu.Namun ada sesetengah hal biarkan terus tertutup supaya menjadi paling berharga.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


logoblog

12 ulasan:

  1. sentiasa memohon maaf tu antara perkara yang buat hati kita tenang kan PC. kalau tak, rasa tak tenteram je. rasa something wrong somewhere gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak.Minta maaf inshaAllah meleraikan banyak kekusutan dan orang akan lebih berasa senang dengan kita..

      Padam
  2. minta maaf, terima kasih. macam senang, tapi kadang kala boleh bikin mulut macam ada emas kalau nak ucapkan nya. Semoga saya lebih sering mengucapkan dua perkataan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat betul..mudah tapi susah nak dijadikan kebiasaan.Walhal ianya sangat bagus untuk ukhuwah.

      Padam
  3. MEMBERI DAN MENERIMA N BERSYUKUR..KELEBHAN N KEKURANGAN UTK SALING MELENGKAPKAN

    BalasPadam
  4. Bersyukur di atas kelebihan yang ada dengan memberi/bersedekah kepada orang lain atau pun haiwan sekali pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memberi pada yang betul..inshaAllah kembali juga engan tidak disangka-sangka.Aamiin.

      Padam
  5. Ada sesetengah orang memang susah nak terima pendapat orang lain tak lain tak bukan sebab ego.
    Geram jugak tapi tulah demi keharmonian just ignore it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Ego yang menyusahkan orang lain.Rasa dah cukup bagus itu sangat berbahaya sebenarnya.

      Padam
  6. betul tu.. kalau tahu buat silap minta maaf. simple :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Mudah tapi tidak semua orang mahu lakukannya.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..