Header Ads

Madrasah Terbaik Dan Berimbuhan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MADRASAH TERBAIK DAN BERIMBUHAN |Beberapa hari sahaja lagi Rejab akan berakhir..Syaban dan seterusnya Ramadhan menyingkap tirai.Bermula ibadah puasa untuk umat Islam di mana sahaja berada..moga Allah SWT memberi izin kepada setiap kita melunaskan rukun Islam ketiga ini sebaik-baiknya dan sesempurna yang boleh mengikut kemampuan kita.Aamiin.

Kalau benar-benar dihayati Ramadhan mampu membentuk semula individu dengan kehendakNYa juga.InshaAllah.Justeru mengapa ramadhan dianggap madrasah terbaik dan berimbuhan untuk ummat perbaiki diri.Namun bagi PC sebulan dalam setahun itu belum lagi mamadai sebenarnya kerana untuk memperbaiki diri bukan mudah dan tidak singkat waktu yang perlu diambil sebaliknya sepanjang kehidupan di dunia ini adalah madrasah terbaik dan berimbuhan.

Di sekolah ada ujian dan peperiksaan.Di sektor pekerjaan pun masih lagi ada peperiksaan untuk ke tahap seterusnya.Begitu jugalah dalam kehidupan.Untuk menaikkan darjat sesiapa sahaja yang Tuhan ingini..sudah tentu ujian atau dugaan diberi untuk menjadi penanda aras dari penilaianNYA.Di dunia ini..setiap kepahitan atau kemanisan menjadi madrasah untuk manusia sebenarnya.Sejauh mana manusia itu mampu bertahan dan mempertahankan..dan bagaiamana manusia itu sentiasa berlapang dada dan fikiran untuk terus berada dalam madrasah terbaik dan berimbuhan ini.

Related image
CREDIT GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

9 ulasan:

  1. Ujian tu salah satu cara Allah nak naikkan martabat atau darjat kita. Tp kebanyakan kita selalu terlepas pandang tentang tu termasuk kak ana juga. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak Ana. PC sendiri pun banyak mengeluhnya bila diuji. Allahuakbar. Rasa berdosa sangat-sangat.

      Padam
  2. Mudah2an kita dapat tingkatkan amalan kita terutama pada bulan ramadan nanti.

    BalasPadam
  3. MOGA BERPELUANG LAGI BERADA DALAM MADRASAH RAMADAN TIDAK LAMA LAGI INSYAA ALLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Kak PI. InshaAllah moga diberi lagi kesempatan OLEHNYA.

      Padam
  4. Setuju tu.. Dugaan semua tu bagi menaikkan darjat kita dari sesuatu keadaan ke keadaan baru.. Allah lebih tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Betul Husniey. Cuma kita rasa berat dan seolah-olah tidak mampu untuk menghadapinya. Walhal Allah SWT tahu kita mampu.

      Padam
  5. Setuju.. setiap dugaan tu pasti ada hikmah yg Allah jua tau buat kebaikan diri hamba2Nya.. Allahuakbar.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..