Manusia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Lincah sungguh langkahnya kuda
Ada aura yang sangat mempersona
Ada pelbagai ragam setiap manusia
Sama-sama meraikan berlapang dada

Disangka pelanduk rupanya rusa
Tidak mengapa itu sudah rezekinya
Bicaranya manusia banyak yang berbisa
Ambil yang baik buruknya abaikan sahaja

Tutup mulut takut bersuara
Jangan disangka hati tidak berkata-kata
Ada hitam ada putih hatinya manusia
Dasarilah dengan mata hati juga
manusia
KREDIT GOOGLE IMAGE

Ada pahala ada dosa
Sudah tentu ada syurga dan neraka
Biar bijak bermain kata
Jujur dan dusta tetap ada bezanya

Mulus sungguh pisang setandan
Bahagilah mana yang ada
Manusia sebaik-baik ciptaan Tuhan
Akal membezakan kita dengan makhluk lainnya

Daripada tanah asalnya manusia
Keturunan daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa
Wahai manusia ingatlah sentiasa
Allah SWT sentiasa berjaga memerhati kita

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Moga sentiasa menjadi insan yg beringat kpdNya.. aamiin.

    BalasPadam
  2. Banyak potensi manusia ini..yang bijak meneroka diri dan kelebihan pasti Allah angkat darjatnya, sebaliknya ..masyaAllah bagi yang tak tahu bersyukur

    BalasPadam
  3. Jom jadi manusia yang selalu bersyukur.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama