Minta Tolong

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MINTA TOLONG | Pertolongan itu mudah sebenarnya. Sangat-sangat mudah. Cuma mahu atau tidak kita atau sesiapa sahaja melakukannya. Dan juga sama ada ikhlas atau sebaliknya. Ada yang betul-betul lillahitaala. Ada juga yang mempunyai 1001 sebab atau alasan ketika memberi pertolongan.

Minta tolong. Ada detiknya kita mampu lakukan banyak urusan sendiri. Ada detiknya kita memerlukan pertolongan daripada orang lain. PC sendiri pun tidak mampu melakukannya semua kerja sendirian. Tidak juga dapat urus semua urusan sendirian. Ya, minta tolong. 

Berbahasa. Minta tolong biarlah berbahasa. Ada adabnya. Jaga tertibnya dan mesti sensitif juga dengan persekitaran. Jangan "as-bol".Asal boleh. 

Jangan cepat sangat lupa .Budi tidak boleh dibalas tapi boleh dikenang. Bila diingati secara tak langsung didik diri kita mahu berbuat baik pada orang yang mahu tolong kita. Walau bukan jenis pertolongan yang serupa. 

Minta tolong tidak menyimpulkan atau membayangkan seseorang itu lemah atau malas. Mungkin ada yang begitu namun tidak semua dan jangan pukul rata. Ada yang minta tolong bila hanya ketika keadaan betul-betul perlu dan terdesak.

Dan sesiapa pun kita.. Minta tolong lah dengannya sentiasa. Kita bukan sesiapa. Kita sangat-sangat memerlukan bantuan DARIPADANYA. 

PC nak mintak tolong juga.. pada sahabat blogger yang sudi follow blog PC terima kasih sangat-sangat .. Tinggalkan link ya.. Kalau PC belum follow.. Boleh PC follow.

#sama- sama mencari redha Allah SWT 



11 comments:

  1. lumrah manusia untuk saling meminta tolong. pada yang menolong insyaAllah besar ganjaran di sisiNya jika dilakukan dengan ikhlas. hari ni hari dia, esok lusa mungkin hari kita pula minta pertolongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehebat mana pun manusia yang dirasakan tidak mampu untuk lakukan semua perkara sendirian.Akan sentiasa memerlukan pertolongan.

      Delete
  2. Adab perlu dijaga kalau nak mint tlg tentu lah dgn Cara baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Itu juga buat orang mudah untuk menghulurkan bantuan.

      Delete
  3. Tolong-menolong amalan mulia.
    In Sya Allah hari ini kita tolong orang esok lusa orang lain pula akan tolong kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat.Yang paling utama ikhlas kerana Allah SWT.

      Delete
  4. sifat suka memudahkan urusan orang lain dalam erti kata lain menolong ni perlu di didik dari kecil lagi agar sebati dengan perjalanan usia. Mulakan dengan menyemai benih ehsan pada sesama makhluk, in shaa allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buang sikap cari hanya ketika perlu..kan kak.Sama-samalah bantu pada hal kebaikkan.Ehsan itu penting.

      Delete
  5. Kita sebenarnya saling memerlukan kan kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau dah mati pun kita masih lagi harapkan pertolongan orang lain.

      Delete
  6. saling bergantung kita ni..hari ni kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.