Kurang Seminggu Sebelum Tiba Ramadhan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KURANG SEMINGGU SEBELUM TIBA RAMADHAN |Selak kalendar..hitung punya hitung kurang seminggu dah kita nak sambut Ramadhan.InshaAllah.Allahu.Sekejapnya dah nak Ramadhan.Alhamdulillah.Seminggu macam-macam boleh terjadi.Segalanya mungkinkan.Tiada yang mustahil..doa PC moga ibu bapa keluarga,diri sendiri dan semua sahabat-sahabat dipermudahkan Allah untuk melunas ibadah puasa tahun ini dan tahun-tahun seterusnya..malahan bukan sekadar berpuasa..dipermudahkan juga melakukan apa sahaja ibadah dan kebaikkan.Aamiin.

Related image

Kurang seminggu sebelum tiba ramadhan..lazimnya mencari kurma itu rutin yang tidak dapat dipisahkan daripada kita..kalau yang sememangnya makan kurma itu telah menjadi rutin..di bulan Ramadhan ianya digandakan lagi kecuali yang kurang gemar makan kurmalah.Ketika bulan Ramadhan inilah mudah melihat kurma dijual di sana sini berbanding di luar bulan RAmadhan sukar untuk mendapatkan kurma kecuali dikedai khas tertentu.

Jadual waktu imsak dan berbuka mengikut negeri dan kawasan juga sudah mula dicari dan diedarkan.Memudahkan untuk rujukkan sepanjang Ramadhan berlangsungkan.Tidak menjadi satu yang aneh bila sekarang pun sudah didirikan khemah untuk bazar Ramadhan yang kian hampir.Setiap peniaga telah menyewa tapak dan mendirikan khemah ditapak perniagaan masing-masing.SubhanaAllah..moga perniagaan mereka diberkati dan Allah limpahkan rezeki semua peniaga.

Keringanan dan kelonggaran yang agama kita beri jangan disalah guna.Jangan diambil mudah dan jangan dibuat main-main.Baik kaum wanita atau lelaki yang ada hutang puasa dan belum lunas di qada inshaAllah masih berkempatan untuk menggantikannya dengan kadar segera.Kalau tidak pasti atau waswas terhadap hukum..silalah rujuk pada pihak yang benar-benar menguasai dan mahir akan hukum sesuatu itu dibolehkan dan mengapa tidak dibolehkan.Jangan percaya dan mendengar hanya satu pendapat kerana fahaman setiap orang berbea-beza.Carilah yang sahih.

Moga ada rezeki untuk kita semua menjalani ibadah puasa tahun ini bersama-sama..kurang seminggu sebelum tiba ramadhan..tanam azam mahu menjadi manusia yang lebih baik.Mudah-mudahan Allah redha.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. cepatnya masa berlalu... smg ramdahan kali ini lebih baik.... yeah, dpt kurama free... hehehe.... selamat menyambut ramadhan pc...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin..aamiin..hehehehe..kurma dan puasa berpisah tiada..selamat menyambur ramadhan juga kak Sheila.

      Padam
  2. semoga kita dapat sama2 melalui ramadhan yang akan datang in shaa Allah

    BalasPadam
  3. Moga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya. Selamat menyambut bulan Ramadhan PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin.InsyaAllah.Selamat menyambut ramadhan juga Kina.

      Padam
  4. In shaa allah dengan izinNya Isnin atau Selasa depan bakal tibanya Ramadan Kareem. Selamat menyambut ketibaan bulan penuh keberkatan buat PC sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah kak Ana.Selmat menyambut ramadhan untuk akak sekeluarga juga ya.

      Padam
  5. INSYAA ALLAH MOGA NASIB MEYEBELAHI MENYAMBUT HADIRNYA RAMADAN KAREEM

    BalasPadam
  6. Sekejap ja rasa dah nak sambut Ramadhan kan. Kak Sue pun dah siap-siap dah beli kurma dan buah-buah kering.. Harap dapat selesaikan hutang-hutang puasa tu juga, kadang tu leka.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Sue.inshaAllah sempat qada puasa lagi..

      Padam
  7. sekejap je dah nak puasa.. tahun ni kenapa ntah macam tak terasa meriah macam tahun sebelumnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun ni rasa cepat sangat..tapi betul..suasana sedikit hambar..yang penting kita buat sehabis baik..aamiin.

      Padam
  8. Pejam celik dah tak lama nak sambut Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna...Aamin

    BalasPadam
  9. Lagi 2 hari je Ramadhan akan menjenguk kita.. Semoga semua amalan kita diterima Allah.. Aamiin..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama