Banyak Kesempatan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BANYAK KESEMPATAN | Alhamdulillah hujan semakin kerap turun walau sekejap-sekejap.Tidak mengapalah.Syukuri sentiasa.DIA pasti menyusun suatu yang terbaik untuk kita penghuni alam ini.Allahuakbar.

related image

Telah pun melangkah ke bulan Mei kita semua.Hari ini 1 Mei.Cuti umum sempena sambutan hari pekerja yang disambut setiap tahun pada tarikh yang sama.Bulan ini juga inshaAllah kita umat Islam bakal menyambut kehadiran bulan Ramadhan.Ada yang bercuti hari ini dan tidak kurang juga ada yang masih dan tetap perlu bekerja seperti hari-hari biasa lainnya.SubhanaAllah.

Bagi yang berkesempatan bercuti..manfaatkanlah peluang yang ada sebaik-baiknya.Bersama keluarga..bersama anak-anak juga.Setiap hari banyak kesempatan yang Allah beri kepada kita untuk terus melakukan banyak perkara.

Dalam banyak perkara yang kita lakukan setiap hari.jangan pernah lupa untuk selitkan hijrah ke dalammya..hijrah pada diri yang mesti dimulakan daripada hati.Hijrah menjadi lebih baik.Hijrah lebih mentaati dan hijrah ke arah yang lebih positif.Berganjak tahun hijrah itu setahun sekali sedangkan menuju satu kehidupan abadi itu kita manusia perlu lakukan hijrah setiap hari sebelum menghadap Ilahi nanti.Berubah,berganjah,berpindah..pastikan dalam konteks yang menuju dan mencari redhaNYA.

Banyak kesempatan yang diberi nanti ditanya kembali.Tanpa disedari ianya ujian buat kita semua.Seperti tiada apa-apa..walhal tiada satu pun yang terlepas daripada ditanya olehNYA kelak.Allahu.PC takut.Sungguh-sungguh takut.Hari,tarikh dan masa yang bersilih ganti..nikmati sebaiknya disamping terus berjaga-jaga juga ya.Tidak mustahil ianya menjdi perangkap atau jerat pada diri sendiri kelak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hijrah walau sikit demi sedikit pun ada nilai di sisiNya. Kerana yang sikit2 tu lah selalunya yg akan berterusan.

    BalasPadam
  2. Tiada sesuatu yang terlepas dari pandanganNya kan

    BalasPadam
  3. Makin cepat masa berlalu.. Tak sedar umur dah dihujung-hujung.. Semoga semua amalan kita bermanfaat.. Aamiin..

    BalasPadam
  4. Welcome May bulan kelahiran Mrs. A ni hehehee...
    dan bulan puasa jugak.

    BalasPadam
  5. terima kasih pc sentiasa memberi ingatan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama