بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
TERLAJAK CAKAP TAK MACAM TERLAJAK PERAHU |''TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR..TERLAJAK KATA BADAN BINASA''.''KERANA PULUT SANTAN BINASA..KERANA MULUT BADAN BINASA''.Kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang.
Ilmu,iman dan akal itu ibarat hand break pada setiap kata-kata kita.Bila manusia mudah dibawa dan hanyut dengan emosi kadang itu yang cakap dulu baru tapis..baru nangis..bukankah sepatutnya tapis dulu baru ambil hasilnya dan kemudian dilontarkan dengan penuh hemah dan hikmah.
Tidak terlepas dan tidak terkecuali PC.Terkadang mencair bersama emosi dan panasnya hati..apa yang mahu dikata meleset ke arah yang entah apa-apa dan gelita.Manusia umat akhir zaman tidak terhindar daripada bicara dahulu baru berfikir tidak seperti yang Rasulullah SAW dan agama ajarkan fikir dahulu baru berbicara..paling tidak pun lebih baik diam sahaja.
Rasa puas hati bila dah cakap..gitulah lazimnya.Akibat?..nanti bila dah nak tidur..bila orang tegur atau nasihat..haaaaaa masa tu muka seposen.
Terlajak cakap tak macam terlajak perahu.Undurkan perahu atau ubah laluan dengan menggunakan pendayung itu mungkin lebih mudah kalau dibandingkan dengan menarik balik kata-kata.Sekali kita cakap orang akan pegang.Orang akan sentiasa ingat dan diulang-ulang.''Awak tak ingat apa yang awak cakap tapi jangan fikir orang lupa apa yang awak cakap''.Acah-acah lupa memang mendapatlah.Hihihi..
Terlajak Cakap Tak Macam Terlajak Perahu | Google Image
#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit
Tags:
Santai
Kak ana selalu mcm tu. Masa marah ckp ikut hati lepas tu menyesal. Sukarnya nk jinakkan nafsu sendiri.
BalasPadamBetullah kak.Ini yang PC rasa susah nak kawal. Tu yang kadang lebih pilih jarakkan diri dari terus cakap yang tak sedap didengari .
PadamBetul lah apa yg dikata, sekali orang terlajak cakap, juju ingat sampai bebila...wpun dah maafkan tidak beerti lupa...jadikan sempadan lagi adalah.
BalasPadamBetul. PC pun lazimnya macam tu. Maafkan tetap maafkan sebab kita pun ada buat silap tapi lupakan macam susah sebab takut kena semula. .Serik.
Padamkena jaga tutur kata kita. masa marah semua boleh keluar. bila dah cool menyesal pun ada. mohon dijauhkan.
BalasPadamSetuju. Lagi bila ada tukang provoked..lagi menjadi. Lebih baik asingkan diri.
PadamBetul sangat. Kadang-kadang mulut lebih laju dari apa yang otak fikir. Lepas tu menyesal.
BalasPadamKan.. Kerana terlalu geram pun ya juga tu yang mulut lebih laju.
PadamSetuju tu kak, bila kita marah begitu emosi sekali.. Orang pun boleh terasa..
BalasPadamKan.. Itu yang kena sentiasa berjaga-jaga.
Padamtu la kan, bila terlajak cakap memang akan buat hati berbekas ja dengan kata2 tu
BalasPadamBetul.. Sama ada diri sendiri rasa menyesal atau orang lain terasa hati dengan kita.
Padamlidah kita ni lagi tajam dari mata pedang, boleh hiris hati & perassan orang lain
BalasPadamBegitu juga lidah orang lain boleh hiris hati kita.
PadamKenalah jaga percakapan Kota kerana Kalau dah tersilap ckp Dan mengguris hati susahlah Kita nak pulihkan semula
BalasPadamBetul. Nak pulihkan luka mudah tapi nak hilangkan parut bertahun-tahun.
Padambetul. kadang sesetengah orang bila berbicara tentang sesuatu diorang rasa benda tu bergurau. Tapi sebenarnya apa yang diperkatakan tu bagi kesan mendalam terhadap seseorang.
BalasPadamYesssss sangat-sangat. Itu yang PC kurang suka... Jadikan gurauan satu alasan untuk kenakan orang.
PadamJangan berbicara sesedap rasa
BalasPadamtakut ada hati yang terluka
Setuju Pakcik. Hujungnya diri sendiri teraniaya.
PadamBulan Ramadan lagiiii banyak dugaan nya kan
BalasPadamSangat-sangat banyak.
PadamKak Sue pun kadang suka terlajak juga bercakap bila dah marah atau letih.. tapi kadang tu rasa kalau tak boleh nak kawal baik diam terus lebih baik..
BalasPadam