Berertinya Syawal Berbeza-beza

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERERTINYA SYAWAL BERBEZA-BEZA |Semua orang berhak dan ada hak memberi pendapat.Menyimpulkan apa yang berada difikiran dan terpendam dalam hati.Bebas bersuara tapi bukan bebas berlisan mengikut rasa dan suka.Masih perlu juga sentiasa berjaga-jaga.Pilihlah perkara-perkara baik untuk dibincangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan elok untuk disebut dan diperdengarkan.Sedap pada telinga..lapang pada hati dan kepala juga.

Berertinya Syawal berbeza-beza."Raya dulu tak sama dengan raya zaman sekarang".''Lain rasnya rasa dan perasaan raya dulu-dulu dibandingkan dengan raya sekarang".Begitulah yang sering PC dengar.Dan jujurnya PC sendiri berasakan ada perbezaan yang cukup besar setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Utama,faktor usia.Berertinya Syawal pada anak-anak atau kanak-kanak adalah duit raya..itulah erti Syawal pada mereka..raya mesti ada duit raya..baju serba baru lengkap semuanya.Wajarlah seusia begitu menterjemahkan erti Syawal.Berbeza dengan ibu bapa kita..berertinya Syawal itu bila dapat berkumpul dengan semua anak-anaknya walaupun cuma sekejap sahaja.Lain kisahnya atok nenek..selain mahu anak cucu berkumpul..juadah yang dihidang menjadi satu keutamaan..tak mewah tak apa..asalkan sikit-sikit tapi semua merasa.

Semakin meniti usia,bukan tiada rasa ghairah berhari raya..tetapi rasa itu kian menipis dan diganti dengan hal-hal lain yang lebih perlu diberi keutamaan.Meraikan dalam kadar yang paling sederhana dan berpada-pada.Tidak perlu berhabis-habisan.Jangan juga seperti membalas dendam.Kita yang mencipta kebahagiaan dan mewujudkan erti pada setiap masa dan situasi yang Allah izin untuk dinikmati.

related image
Berertinya Syawal Berbeza-beza | Google image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

25 comments:

  1. Bagi kanak-kanak jauh beza erti raya dengan kita yang dewasa..
    Tapi yang pasti erti 'kemenangan' setelah berpuasa tu, kanak-kanak pun faham sebab time raya dah boleh makan siang hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sis..sangat jauh pengertian mereka..
      Bagi yang puasa memang nampak kepuasan la sebab dah boleh makan siang..bagi yang tak puasa biasa tak rasa apa-apa cuma gembira dapat duit raya..hehehehehe..gembira melebihi yang puasa gitulah..haha

      Delete
  2. Memang jauh bezanya raya dulu dan raya sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dari segi perasaan je..suasananya pun lain kan..

      Delete
  3. Raya kita masa kecik memang seronok sebab tak perlu puasa dah. bila pergi raya dapat duit raya. Bila dah dewasa ni macam-macam nak fikir. Tambah-tambah urusan dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..dah dewasa masuk ke garisan tua-tua ni..dah lain tune nya kan kak..geembira sebab tengok budak-budak gembira..dapat kumpul sama-sama..itu dah syukur sangat.

      Delete
  4. RAYA YG DISAMBUT BERBEZA MNGIKUT MASA USIA N KEPERLUAN KITA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PI..itu yang lain pengertiannya mengikut usia.

      Delete
  5. hari raya budak-budak yang paling happy. selamat hari raya kak PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun happy bila tengok budak-budak happy..macam-macam gelagat ada..hehe.Selamat hari Raya juga DP.

      Delete
  6. Betul tu... Bagi teman, hari raya adalah untuk mengembirakan orang lain. Terutama, ayah dan ibu, anak-anak dan isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira bila dapat menggembirakan..itu sebenarnya kan..alhamdulillah.

      Delete
  7. Betul tu... Bagi teman, hari raya adalah untuk mengembirakan orang lain. Terutama, ayah dan ibu, anak-anak dan isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira bila dapat menggembirakan..alhamdulillah.

      Delete
  8. Saban tahun ada trend tersendiri kan kak.. Samalah dengan husniey, bila dah makin dewasa ni rasa kurang bermakna dah berhari raya ni.. Namun tetap pujuk hati kena gembirakan orang sekeliling jika bertemu Aidilfitri.. Syukur seadanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Husniey..ada je trendnya yang tak terikut..faktor usia pun ya juga.Yang dewasa ni sebenarnya gembira bila tengok anak-anak atau kanak-kanak je yng macam-macam telatah..hehehe.

      Delete
  9. Walau apapun raikanlah dengan penuh Rasa syukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat-sangat..raikan dengan rasa syukur.

      Delete
  10. Betul PC. Bila dah dewasa ni, keghairahan nak sambut Syawal semakin berkurang selagi ramadan tak habis lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana..rasa tu ada tapi peratusnya berkurangan dah..

      Delete
  11. Semakin meningkat usia hari raya dah kurang sedikit rasa ghairahnya mungkin dah banyak kali disambut agaknya berbeza dengan anak-anak yang masih muda belia gembira sakan collect duit raya.

    ReplyDelete
  12. pada aida, keseronokan tu ikut berubah nyer masa, status, umur, suasana...
    we can never compare zaman kanak2 kita dgn zaman sekarang.
    kita tidak lagi "kanak-kanak".
    and terutama, bila ada ahli keluarga yg dah takde :( hu hu hu.... semestinya tu beri impak sgt besar buat kita or org lain, kan.
    aida always gembira utk anak-anak.
    ingin beri diorang faham bhw hari raya is a happiest day.
    jumpa atok.
    jumpa uwan.
    jumpa pak-pak sedara. sepupu.
    the motif of balik kampung. ziarah rumah ke rumah.
    maintain that positif spirit of Aidilfitri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..seiring waktu..rasa itu rasa berbeza-beza..terkadang gembira itu kerana kita lihat orang lain gembira..

      Delete
  13. serius ckp sejak dr kecil sehingga dewasa sekarang sy tak rasa hepi dgn beraya.... dr kecil saya sedih bila hari raya sampai sekarang pun sedih... wlupun muka ceria tapi dalam hati tiap kali raya mesti ada sj kesedihan.... Ramdhan terakhir lepas sya tekad saya tak nak sedih lagi utk kali ni tapi bila saya melalui hari raya pertama saya masih ditimpa kesedihan dan serba salah je dlm hidup ni... kerana tak mampu nak gembirakan mak.... serba salah terpaksa abaikan suami dan mertua sampai suami perli sibuk sgt sampaikan x tak dan nak beraya dgn suami sendiri... nak p rumah mertua pun kelam kabut saja.... rasa beraya tu kena tgl kat rumah mak ayah jer, sebab tak ada nak tolong mak bila org dtg beraya, mak merungut bila p rumah mertua... serba salah sahaja hidup saya. sy usaha buat kuih raya bg mak hepi.... sy x mampu nak bg mak duit byk, bg sekadar mampu. x mampu juga nak beli juadah byk2... masa kecil stp kali raya kena perli kat saudara mara sj sbb mak ayah sy bz kerja, kejar dunia kata mereka, sy membesar pun dgn perlian mereka.... sedih... xtau la kenapa.... apa ntah salah saya??? susah juga hidup org pendiam mcm saya ni! tak pandai nak melawan cakap. Simpan je dlm hati... sy syukur kali ni sy tak stres sgt, Allhamdulillah, berbanding raya thn2 lepas sy stres balik raya sahaja saya kena gastrik... Allahu saya doakan semoga mak ayah saya gembira dgn saya dan sy mampu balas budi mereka.... semoga seluruh keluarga saya dirahmati dan dikurniakan syurga agar kami dpt berkumpul kelak... aminnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar..tabah dan sangat cekal Kak Sheila kerana berhadapan situasi ini sedari kecil..namun hikmahnya kak Sheila jadi seseorang yang kuat semangat dan bijak dalam pelajaran dan kerja..terkadang orang bercakap ikut sesedapnya sahajakan kak..tanpa ambil kita perasaan kita..sangat penting setiap kita memahami situasi seseorang atau orang lain..bagi PC "memahami" pun itu sangat membantu.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.