Header Ads

Berterus Terang Atau Manisnnya Berlapik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERTERUS TERANG ATAU MANISNYA BERLAPIK |Marah anak sindir menantu..jimat tu dua dalam satu..anak kena marah..menantu kena sindir..sebenarnya baik anak atau anak menantu..ikut rasa masing-masing..ibaratnya siapa makan cili awak rasa pedasnya.Kadang bersungguh marah anak..anak tanya semula..apa salah saya.Kadang bersungguh sindir menantu..menantu kebal je..rupanya salahnya pada mertua.Hehehehe.Hakikatnya siapa pun kita..kita adalah sama-sama manusia yang mesti perbetulkan diri sendiri juga.

Ikut situasi.Berterus terang atau manisnya berlapik.Ada orang hentam semacam..ibaratnya "ada aku kesah"..ya kau tak kisah tapi orang lain kesah..lagi-lagi orang yang kena.."lebih-lebih la dia kisahnya".Ada orang sangat menjaga dan berjaga-jaga..fikir banyak kali nak berterus terang ke atau cakap juga tapi pilih perkataan atau kata-kata yang paling minimun kalau rasa terguris pun.

Maruah.Semua orang ada maruh.Ada perasaan.Ada rasa.Bukan murah.Justeru itu sesiapa pun mesti bijak menapis tindakkan.Fikir macam ni.."aku tak nak dimalukan"..jadi orang lain juga begitu.."tidak rela diaibkan".Jadi mengapa perlu berlapik ketika bercakap...ya kerana berharganya maruh atau air muka seseorang.Jangan dah puas cakap-cakap-cakap...nak cover kesalahan atau rasa bersalah bercakap macam-macam tu..kata "alah gurau-gurah je".."alah cakap sikit pun nak sentap"..alah lembik hati tak sado"..

Pilih masa yang bersesuaian.Cakap siang pandang-pandang..cakap malam bisik-bisik..nampak tak waktu nak bercakap pun kena tengok waktu bila yang boleh dan bersesuaian.Kot ya pun rock..kot ya pun bantai santai...beragak-agaklah..sesiapaun.Ada masa perkara itu kecil dan mudah sahaja..tapi kerana berbicaranya pada waktu yang tidak kena boleh merebak menjadi parah dan besar.Dan ada waktunya hal yang mahu ditegur itu besar,berat dan serius sangat..tapi oleh kerana bijak memilih waktu dan sesuai dengan suasana..semuanya berakhir dengan baik-baik sahaja.Damai.

Kesimpulannya..berterus terang atau lebih memilih manisnya berlapik..terlebih dahulu menjadi tenang.Tenangkan diri dan betul-betul bersedia..kerana kita tidak pernah tahu dan tidak dapat menjangka penerimaan orang lain..kadang ada baiknya kita sakit hati dan pujuk diri sendiri daripada orang lain sakit hati dan berdendam."Saya maafkan awak dunia akhirat" itu sangat mahal.Bersalah dengan Allah SWT..taubat.Bersalah dengan sesama manusia..minta maaf.Minta maaf itu lebih mudah berbanding kita nak orang maafkan kita dengan skala yang paling tulus kerana kalau dia boleh memaafkan kita..eh,belum tentu dia boleh melupakannya..Allahu.

related image
Berterus Terang Atau Manisnnya Berlapik | Gambar Google

Salam Jummat indah dan barakah untuk kita semua.Aamiin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

5 ulasan:

  1. berterus-teranglah biar pun pedih utk didengar.

    BalasPadam
  2. hurt with truth is better than comfort with a lie. kan? ehhh tapi masuk ke dengan context entri ni? hahaha.

    saya rasa lebih baik berterus terang kalau orangnya jenis lambat pickup. kalau jenis yang cepat 'tangkap', tegur secara berlapik pun okay. orang tua selalu guna cara berlapik kan biasanya hehe.

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang jujur itu pahit namun lebih indah.

    BalasPadam
  4. Kak Sue jenis suka berterus terang tapi tengok situasi jugak lah. Lagi satu memang selalu mudah maafkan tapi nak lupakan tu agak susah.. jenuh jugak la pujuk hati supaya ikhlaskan aja.. hehehe..

    BalasPadam
  5. Ada sesetengah perkara perlu utk terus terang. Ada sesetengah berlapik itu perlu.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..