Walau Dihujung-hujung

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wabt

WALAU DIHUJUNG-HUJUNG | Bersyukurlah masih diberi hingga hujung waktu kerana berapa ramai yang tidak berpeluang merasainya pun.Diam tak diam berbaki beberapa hari sahaja lagi kita meraikan Syawal tahun ini..Allahuakbar.Ada juga yang baru gerak pulang ke kampung menemui ibu bapa juga sanak saudara..mengunjungi adik-beradik yang sentiasa menanti kepulangan untuk berkumpul bersama-sama.

Lebih kurang berbaki seminggu ini PC rasa masih sempat untuk sesiapa sahaja melunaskan puasa enam.Atau mungkin ada yang menyambung puasa enam yang telah dimulaikan namun masih berbaki.InshaAllah sempat lagi.Maklumla,ada suka mula awal supaya selesai awal..ada yang suka mula awal kemudian sambung semula diakhir syawal..tak kisahlah ikut mana-mana selesa dan mampu.

Rata-rata masih juga ada yang mengadakan mini rumah terbuka..hehehe..kecil-kecilan sahaja baik di rumah mahupun di tempat kerja masing-masingkan...mengeratkan ukhuwah satu dengan yang lain.Alhamdulillah.

Walau dihujung-hujung,itu juga satu kesempatan.Rezeki dan peluang terbaik untuk sesiapa sahaja manfaatkan.Bukan bererti lakukan sesuatu dihujung-hujung waktu itu tidak elok..tidak semuanya..dah kalau itu mampu dan terdayanya..syukuri sahaja.Siapa tahu walau dihujung-hujung..berkat kesungguhan dan keikhlasan..ianya menarik perhatian Allah SWT..rezeki tu.

related image
Walau Dihujung-hujung | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Awal atau hujung, jika kebaikan itu ikhlas dilakukan insyaAllah ada ganjaran dan keberkatannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul betul betul tu kak Ana..setuju..ikhlas itu sangat penting.

      Padam
  2. moga masih diberi peluang mencari redhaNya aminnn

    BalasPadam
  3. Hujung-hujung Syawal nie banyak pula orang buat rumah terbuka kan PC..

    BalasPadam
  4. Bila dihujung-hujung Syawal begini PC terlintas pula masih belum berkunjung rumah sepupu atau saudara-mara jauh maka terus telefon tanya khabar berita sebab tak sempat bersua muka..

    BalasPadam
  5. Yerr PC, kalau kata hujung-hujung bab raya ni, lagi hujung lagi banyak openhouse dan lagi meriah sana sini makan-makan...tapi bila dah hujung barulah rasa menyesal tak ganti puasa huhuhuh

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama