بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BISIKAN HATI KITA DIAMBIL KIRA | "Kebetulan" itu anggapan manusia."Takdir" itulah sebenarnya diketetapan Allah SWT.Ada yang menganggap setiap apa yang berlaku tanpa perancangan itu adalah satu kebetulan.Namu dalam hidup kita tanpa kita rancang pun semuanya telah Tuhan tentu dan tetapkan.
Tuhan akan ubah nasib kita kalau kita usaha mengubahnya.Ada juga puas berusaha Tuhan masih menundanya.Ingat.Ada hal yang tetap.Ada hal yang boleh diubah dan berubah dengan usaha.Lantaran kita ada dua kehidupan..maka boleh sahaja Allah beri di kedua-dua kehidupan atau mungkin pada salah satunya sahaja mengikut selayaknya untuk kita terima dan nikmatinya.Boleh sahaja Allah tidak pinjamkan ketika di dunia kerana Allah mahu beri dan kekalkannya bersama kita di akhirat kelak."Bersangka baiklah dengan Allah".
Mesti berhati-hati bila bercakap.Tapi jangan lupa mesti berhati-hati juga bila berbicara dalam hati.Halus.Dalam.Tersimpan.Tapi telus pada Allah SWT kan.Kadang kita marah apa yang kita cakapkan tidak didengari.Seolah tidak dipeduli.Jangan risau,bisikan hati kita diambil kira dan sentiasa ada yang dengari.Begitu juga pada setiap keinginan kita..kadang tak terungkap dengan kata..cuba mampu berbisik dalam hati..kalau sudah itu rezeki maka mudahnya bagai air yang mengalir deras.SubhanaAllah.
Bisikan hati kita diambil kira.Allah SWT sangat-sangat-sangat-sangat baik dengan kita.Berapa banyak keinginan kita DIA tunaikan..walau nampak daripada manusia yang memberi..perhalusilah..manusia itu CUMA asbab atau perantara sahaja.Semua daripada-NYA.Justeru tiada sebab kita tidak mahu bersyukur.
Bisikan Hati Kita Diambil Kira | Gambar Google
#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit
Tags:
Santai
Memang benar tu PC walaupun kita hanya berbisik di dalam hati tetapi Allah maha mendengar.
BalasPadamKadang-kadang Mrs. A terlepas kata jugak tapi cepat-cepat istighfar.
Betul Mrs A..kadang kita sebut dalam hati sebab nak menjaga hati banyak pihakkan..sebab tak nak keruhkan keadaan.
PadamNak mudah...bersangka baik, maka bisikan hati tu terus semuanya membisik yang baik-baik aja...insyaAllah ...
BalasPadamSetuju Sis..itu langkah pertama..bersangka baik..tak langsung memacu hati kita berkata yang baik-baik juga nanti.
PadamSamada terzahir atau tersimpan jauh dalam hati, Dia lebih Maha Mengetahui. Semoga keduanya yang baik2 saja kan PC.
BalasPadamTepat kak Ana..luaran..dalaman kalau boleh biar setara..telus kerana dua-duanya diambil kira.
Padamsemoga kita tak tergoda dgn bisikan syaitan.
BalasPadamabam kie tag PC tau..harap maaf ye.
http://www.zukidin.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html
Aamiin.inshaAllah.Takpe Cikgu.Terima kasih tag PC.
PadamHakikatnya kita ssharusnya bersyukur dgn kehidupan kita dan sentiasa bersangka baik. Ssmoga kita tidak tergoda dengan bisikan syaitan.
BalasPadamBetul.Bersyukur sentiasa dan benteng diri dari terpedaya dengan tipu helah syaitan..aamiin.
PadamHari pun kena jaga ye
BalasPadamKena tepis selalu bisikan jahat tu.. Tiada sebab kan untuk kita tidak bersyukur.. kalau nak merasa kaya, hitung saja nikmat yang duit tak mampu membeli.. banyak.
BalasPadam