Minimumkan Pembaziran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MINIMUMKAN PEMBAZIRAN | Suasana Syawal masih dirasai.Masih dinkmati.Masih juga hangat dirai oleh umat Islam..tradisi kunjung mengunjungi juga masih lagi giat sana sini.Alhamdulillah.Masing-masing mencari waktu untuk saling bertemu bermaafan satu sama lain.Jauh dekat bukan menjadi halangan kerana semangat dan rasa kasih sayang.Syawal bulan penyatuan.Aamiin.

Penyediaan juadah untuk tetamu bukan hal yang asing disediakan.Tidak kiralah apa pun juadah yang disediakan..dihidangkan kepada tetamu..asalkan sentiasa disertai dengan keikhlasan..ianya mendatangkan imbuhan besar dan berat kelak..inshaAllah.

Minimumkan pembaziran.Menjamu tetamu yang hadir itu satu hal yang membahagiakan tuan rumah sebenarnya..ditambah dengan kesudian tetamu menikmatinya.SubhanaAllah.Namun satu hal yang sebolehnya dijaga adalah minimumkan pembaziran.

Pembaziran sentiasa boleh berlaku.Memang sukar dielak walau dalam kuantiti yang sedikit..namun sesetengah situasi ianya boleh dikawal oleh diri kita sendiri sebenarnya..bila kita bertandang ke rumah orang,jangan ambil makanan berlebihan kemudian dibiar tidak dihabiskan..biar tambah,makan atau ambil berkali-kali dan sedikit demi sedikit..asalkan dihabiskan dan tidak dibazirkan.

Kita tidak pernah tahu sekadar mana rezeki kita..justeru setiap rezeki yang ada itu hargailah sebaik-baiknya dan syukurilah sentiasa.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit  

3 comments:

  1. Cuba elakkan pembaziran sehabis daya tapi tetap juga berlaku bila sorang ibu mengharapkan kepulangan anaknya namun hampa akhirnya..

    dari kaca mata seorang anak yang kehilangan mak ayah..

    ReplyDelete
  2. Elakkan pembaziran di hari raya

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. elakkanlah prmbaziran

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.