Raya..Raya..Raya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

RAYA..RAYA..RAYA


Kemenangan umat Islam diserata pelusuk dunia
Raya..raya..raya
Bahagia yang melunas puasa
Gembira yang melunas zakat fitrah juga
Puas bangun sahur dan berbuka
Nikmat luar biasa
Manisnya betul-betul
Asli
Itu di dunia
Bayangkan manisnya di akhirat nanti

Perlengkapan raya
Baju Kain Seluar Kasut Tudung
Kalau boleh mahu lengkap serba serbi
Bukan sekadar tuan puan punya diri
Kediaman kenderaan pun edisi raya sekali 
Tapi kena rabalah poket sendiri
Ukur kemampuan diakaun sendiri

Lagu raya
Rancak kedengaran di sana sini
Yang lama yang baru
Bergilir menghiburkan hati
Semangat pulang ke kampung berasap berapi
Siulan kecil girangnya hati  

Takbir raya
Paling dinanti
Paling dihayati
Paling sayu dan menyentuh hati
Irama mendayu
Bergema seluruh alam
Di hari kebesaran

Duit raya
Sedikit
Banyak
Tetap beri
Seadanya rezeki
Selagi mampu memberi
Senyum simpul diberi
Dari jiwa-jiwa kecil tulus
Moga menjadi tabungan di sana nanti

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

4 comments:

  1. Salam ceria Aidilfitri yg bakal tiba. Maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri 1440H. Maaf Zahir Batin =)
    Taqobbalallahu Minna Wa Minkum..

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri 1440H
    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.