Kepahitan..Owh Momordica Charantia.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KEPAHITAN..OWH MOMORDICA CHARANTIA | Ada orang makan sayur-sayuran satu pilihan.Ada sayur dia makan.Ada yang dia tak makan.Kadang bukan taknak makan tapi tak boleh makan atas sebab-sebab tertentu dan lazimnya sebab itu adalah kerana alahan pada tubuh dalaman atau luaran iaitu pada kulit.Bersyukurlah kalau suka dan boleh makan apa pun jenis sayuran yang ada.Rezeki tu.Alhamdulillah.

Siapa suka makan peria.Tak kisahlah makan mentah atau dicelur dengan air panas terlebih dahulu untuk dijadikan ulam..tak pun masak seperti biasa.Sebut peria..terbayang dan terasa di tekak akan rasa pahitnya.Kalau peria yang besar tu kerap juga PC makan.Tapi tidak peria katak atau nama saintifiknya MOMORDICA CHARANTIA.Lebih kecil dan comel,namun kepahitan peria katak lebih berganda dibandingkan dengan peria biasa.Maka tidak hairanlah peria katak sering menjadi pilihan dan usaha untuk djadikan ubat dengan tujuan merawat penyakit diabetis.

Rendam dengan air garam terlebih dahulu sebelum dimasak..waktu memasak pula campur telur atau udang antara beberapa solusi bagi mengilangkan atau mengurangkan rasa kepahitan baik peria biasa atau peria katak.*dari pandangan manusia dan penilaian deria rasa..hukum alam..peria itu pahit..hakikatnya rasa pahit itu dari Allah SWT*

related image
Kepahitan..Owh  Momordica Charantia.
Tidak dengan udang.Tidak dengan telur.Nah,dengan ikan bilis PC jodohkan peria katak ni.

Ini pertama kali PC makan peria katak.Bila balik kampung kerap juga masak sebab mama suka.Tapi masak jelah.Rasa tak pernah kecuali peria yang biasa tu..baru PC on.Kepahitan..Owh  Momordica Charantia.Betul..memang pahit.Lebih pahit dan tidak salah la tercatat dalam wikipedia peria katak merupakan sayuran yang paling pahit di dunia.Tapi alhamdulillah PC boleh makan,suka,tak rasa pahit sangat dan nak beli,masak dan makan lagi.InshaAllah.

Kita tahu pahit daripada lidah orang lain yang merasa.Tapi apa salahnya kita cuba rasa dengan lidah sendiri.Kerana nikmat rasa itu juga rezeki daripada Allah SWT juga.Setelah ambil dan lalui pengalaman itu..baru kita buat kesimpulan.Begitu juga dalam hidup kita..setiap kita ada melalui fasa kepahitan..ada..walau sedikit..jangan kata ''kau tak faham kau tak rasa''..boleh jadi kita rasa kepahitan hidup kita yang paling pahit..sedang tanpa kita sedar kepahitan yang ditanggung oleh orang lain lebih parah lagi.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


12 comments:

  1. Salam PC, wah..fav SA ni tapi terbaca satu artikel dulu tak boleh makan selalu..sebulan 2 kali je katanya...rasa macam confuse kat situ plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam SA.Mungkin sebab pahit kot SA..lagi satu takut memekatkan darah atau mencairkan darah mungkin..

      Delete
  2. Kak ana kalau peria biasa tu gagah lagi. Kalau peria katak ni rasa tak tertelan. Dah cuba tp tak boleh juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak..PC makan pertama kali pun cuak juga..tapi alhamdulillah boleh terima dek tekak dan perut..sebab ada saudara PC boleh masuk tekak tapi perut tak tahan jadi cirit-birit.

      Delete
  3. Suka makan peria. Peria ni orang kata kalau nak bagi kurang pahitnya, rendam air garam. Betul ke Kak PC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Syaza..itu pun yang kak PC buat..ikut petua orang-orang tua yang lebih berpengalaman..

      Delete
  4. Peria ni, kalau dibuat goreng garing makan dengan nasi panas-panas memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak..kena kunyah laju-laju..telan..hehehehhe..

      Delete
  5. pahit peria dapat dirasa
    pahit dihati tak siapa yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah pakcik..kecuali meluahkan..barulah tahukan..

      Delete
  6. Kalau tumis dengan telur sedap.. Walaupun pahit, bagus untuk dimakan..
    Kadang goreng tepung pun sedap juga..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, sedap ni.. pahit pasti ada ubatnya kan kak pc

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.