Tasbih Atau Ruas Jari-jemari?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TASBIH ATAU RUAS JARI-JEMARI | Ada niat yang tidak menghalalkan cara..tapi banyak cara boleh dilakukan untuk melunaskan niat yang baik agar terlaksana dengan lancar.

Banyak pendapat lebih banyak ilmu.Dengar,fahamkan dan tapis dulu sebelum ambil dan ikut.Tak salah pun dengar pendapat,,moga-moga boleh tambah ilmu dan pengalaman kita untuk hari ini dan masa akan datang nanti.Kalau rasa tidak yakin dengan apa yang didengari..tanya dan rujuk pada yang lebih mahir dan tahu mendalam tentang perkara tersebut.

Niatnya mahu berzikir.Bertasbih.Niat kerana Allah,mahu menghitung dengan menggunakan tasbihkah atau ruas jari-jemarikah..terserah..ikut mudah dan selesa yang bagaimana..kalau tidak menggunakan kedua-duanya pun tidak menjadi kesalahan..mana tahukan nak berzikir dari awal bangun tidur sampailah tidur malam semula..memang TERBAIK.. zikir atau nak istighfar dalam hati..sambil masak zikir..sambil siram pokok bunga istighfar..terapi jiwa..acuankan semula nafsu.

Bersungguh-sungguh dan berterusan itu lebih penting ketika mahu berzikir,bertasbih dan sebagainya daripada bertegang urat leher menentukan mana lebih baik sama ada mengira menggunakan tasbih atau sebaliknya menggunakan ruas jari-jemari.

related image
Tasbih Atau Ruas Jari-jemari? | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 comments:

  1. Pernah nampak ada orang tegur yang berzikir dengan tasbih. kenapa guna tasbih, kan ada jari katanya. >.< wallahualam. Kan KAK PC. yang penting niat memasing,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Syaza.Ada orang suka guna ruas pada jari..ada orang suka guna tasbih..ada juga gemar guna tasbih digital..bagi kak PC mana mana ok..sebab Islam tidak memberatkan..tidak juga menyusahkan.Daripada terus tak berzikir..tak beristighfar..kan lagi bahaya gara-gara hal kecil.

      Delete
  2. jum baca https://misseffah-ara.blogspot.com/2019/07/siapakah-aku-nortaqifa-abd-shaidi.html nak minta tolong nilai.

    ReplyDelete
  3. Kak Sue ada terbaca juga orang tegur berzikir pakai tasbih tapi tu lah yang penting niat kan. Mana-mana pun kita boleh ja zikir, janji niat kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..ada orang selesanya guna tasbih.Ada yang lebih mudah guna jari bila berzikir..bagi PC tak semestinya 33 kali je..lebih lagi bagus sebab zikir ke..istighfar ke dapat bantu diri kita juga..

      Delete
  4. Apa pun... Semuanya berbalik kepada niat. Kena husnuzon. Yelah... Maybe yang pakai tasbih tidak yakin guna jari-jemari... Dan yang guna jari mungkin dia yakin dan expert... Kena ikhlas dalam beribadah... Selebihnya Allah yang menilai setiap ibadah yang kita lakukan... Bukannya manusia... Nawaitu kena betul dan ikhlas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.Setuju.Iku mudah dan selesa yang mana.Sama matlamat tapi cara yang berbeza-beza.Yang penting berterusanlah lakukanya.Zikir sebanyak-banyaknya..tidk semestinya 33 kali sahaja.

      Delete
  5. hmmmmm jadi masalah juga ekk?
    tasbih biji2 tu.
    tasbih digital.
    jari jemari.
    yg penting lidah dan hati - zikir.

    ReplyDelete
  6. Niat itu yang penting.. Tasbih dan ruas jari itu mediumnya.. terpulang keselesaan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.