ALAM SENDIRINYA MENJADI ALARM

ALAM SENDIRINYA MENJADI ALARM  بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Jam loceng sangat penting bagi PC.. dulu itulah selain babah atu mama ketuk pintu bilik kejutkan PC bangun tidur.. selain dengar azan subuh dan ayam jantan berkokok sebelah bilik tidur.. tapi dah namanya manusia biasa kadang-kadang baling la mercun bola pon.. kalau dah betul-betul keletihan.. boleh tido mati jadinya. Allahuakbar. Sekarang lebih mudah.. alarm di handphone ada macam-macam tune.. pilih jelah.. tetapkan diskala berapa volume nya.. Bila balik kampung ramai-ramai.. boleh dengar macam-macam bunyi.. bangunnya pun belum tentu..hehehehehe. Maklumlah set jam lain-lain waktunya.. jadi setiap jam ada jelah bunyi-bunyi indah.

PC sendiri perlu sentiasa diingatkan. Masih sentiasa mahu dengar pesanan-pesanan atau nasihat-nasihat yang baik.. sering juga dambakan doa-doa daripada insan-insan yang dekat dengan PC.. termasuklah saudara-mara dan kawan-kawan. Setiap ingatan atau nasihat itu PC anggap sebagai satu alarm.. kejutkan PC ketika lalai.. ingatkan PC bila lupa.. dan sedarkan PC bila selesa. mungkin tidak bagi orang lain tapi ya bagi PC.. dengan syarat tidak menyentuh perkara-perkara sensitif dan menjaga adab.

Related image
Alam Sendirinya Menjadi Alarm | Gambar Google

Di dunia ini kita berkongsi. Alam yang Allah SWT cipta ini bukan untuk kita sendiri tetapi ada juga makhluk-makhluk lain hidup dan menjalani cara hidup masing-masing. Ada tumbuhan.. ada haiwan.. semua Allah SWT cipta dan hidupkan pasti bersebab. Dan kita semua saling memerlukan satu dengan yang lain mengikut keperluan masing-masing dan tertentu. Biarpun dengan tumbuhan dan haiwan... adab perlu tetap dijaga. Macam aneh pula bunyinya kan... dah kenapa kena jaga adab pada tumbuhan dan haiwan.. sedangkn mereka tidak berakal.. Allahu.. tapi ingat mereka Allah yang cipta. Boleh jadi sahaja nanti mereka menjadi saksi di mahsyar kelak.

PC sentiasa berfikir, setiap apa yang Allah SWT cipta.... tak kiralah tumbuhan, haiwan, awan, langit, rumput, pasir dipantai, batu dan lain-lainnya... mereka ada cara masing-masing untuk sentiasa beribadah dan memberi ketaatan kepada Allah SWT. Cuma kita manusia yang tidak memahami dan melihat dengan pandangan mata kasar. Justeru terkadang kita terlepas pandang.. banyak hal yang terjadi kepada alam ini berpunca daripada tangan-tangan manusia dan sebenarnya alam sendirinya menjadi alarm mengingatkan serta memberi banyak amaran dengan jelas.

Sampai satu titik.. boleh jadi yang kita nilai setiap apa yang terjadi itu tidak salah dianggap sebagai hukum alam yang berlaku berulangkali secara semulajadi walhal hakikatnya ianya adalah alarm daripada alam agar manusia sedar alam ini sudah semakin tua dan uzur untuk ummat akhir zaman.

Tinta Perdu Cinta ❤
ALAM SENDIRINYA MENJADI ALARM 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kdg2 tu terlewat bangun krna lupa turn on alarm. Oh! Aku suami pendosa.

    BalasPadam
  2. Betul tu PC.. alam pun dah bagi alarm kat kita semua, dunia dah akhir zaman..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama