Header Ads

Berundur Dahulu Untuk Lebih Maju

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERUNDUR DAHULU UNTUK LEBIH MAJU

Meluru
Dari haluan mana masuk meluru terburu-buru
Berkejar-kejaran
Mahu semahu mahunya
Terus berburu
Sentiasa cemburu

Dapat digapai
Tidak dapat dicapai
Salah satu menjadi milik
Dikedua-duanya ada yang tersirat cantik

Dalam genggaman bolehkan terlepas
Jauh diselat bolehkan didakap
Pilihan tetap ada
Solusinya sentiasa tersedia

Mahu tidak mampu
Mampu tidak berdaya 
Ada masa;
Semangat mendorong kudrat
Ada detiknya;
Kudra memacu semangat

Dan;

Bila semangt dan kudrat tidak erat
Bila mampu dan mahu cuma sejengkal dikerat-kerat
Berundur dahulu untuk lebih maju
Bukan kerana takut
Bukan kerana pengecut
Bukan terikut-ikut

Tetapi;

Carilah rentak mengikut mampu
Agar tidak nanti termanggu-manggu
Berundur bukan kalah
Pasangkan tekad untuk lebih jauh melangkah

related image
Berundur Dahulu Untuk Lebih Maju | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

5 ulasan:

  1. BERUNDUR UNTUK MENGATUR LANGKAH MENUJU ARAH TERBAIK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak PI..tak rugi berundur dahulukan kak.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sampai masanya tikus pun tak terlepas lagi.

      Padam
  3. Berundur ibarat melompat jauh.. berundur bukan bermakna mengalah, tetapi menyusun atur langkah yg lebih baik utk melonjak lebih jauh ke hadapan.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..