Header Ads

Luar Kotak Jangan Luar Syariat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LUAR KOTAK JANGAN LUAR SYARIAT |Apabila dapat melakukan atau mencipta sesuatu kelainan kemudian menjadi ikutan..itulah yang sering dipandang dan dianggap hebat.Dikanali.Terkenal.Disanjung menjadi yang terulung dipandangan manusia yang pandai menghargai,yang tahu merebut kesempatan dan yang bijak mengambil peluang.Melakukan sesuatu di luar kotak tidak dapat dilakukan ramai orang..wow.Kreatif.

Kreatif itu tiada salahnya.Silakan dengan cara apa pun..dengan pilihan yang bagaimana mahunya baik daripada diri sendiri atau pun kerana mengikut kehendak atau keperluan semasa baik keadaan atau perseorangan.Tidak semua orang mampu untuk menjadi kreatif kerana kebolehan atau kemampuan setiap orang Allah SWT beri tidak sama.Justeru potensi yang ada sebolehnya gilaplah dengan baik dan tidak mustahil boleh sahaja menjadi seperti gula yang dikerumun oleh semut.

Luar kotak jangan luar syariat.Bagi PC sendiri,memberi kelainan tidak menyalahi pun.Mencari kelainan pun tiada salahnya juga.Mungkin jemu berada ditakuk yang sama..mahu berubah angin,apa salahnya.Sebenarnya apa pun yang kita manusia lakukan tiada salahnya selagi mana jangan sampai luar syariatlah,dah itu aje.Seberapa jauh pun kemodenan yang dikejar..kecanggihan yang dicari..keasyikkan yang mempersona..kebebasan yang didamba,tiada gunanya kalau kita terus lakukan mendapat sokongn dan perhatian manusia lain sedangkan mendapat laknat dan palingan pandangan daripada Tuhan..*PC ingatkan diri sendiri juga ni sebenarnya*.

Pilihlah yang dapat seronok dunia tapi tetap bahagia di akhirat.Di dunia adalah satu permulaan yang bakal berakhir.Sedang akhirat satu pengakhiran yang permulaannya tiada berkesudahan.

related image
Luar Kotak Jangan Luar Syariat | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT



logoblog

12 ulasan:

  1. Peringatan yg baik utk renungan kita semua. Betul tu.. biarlah diluar kotak demi kebaikan dan kemajuan diri asalkan jngn sampai diluar syariat, in shaa Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tn.Kemajuan atau pembaharuan tidak salah asal jangan mencemar syariat.Moga Allah sentiasa redha dengan apa yang kita semua lakukan.Aamiin.

      Padam
  2. Good sharing PC.. terima kasih atas ingatannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Sue.Moga bermnfaat ya kak.Aamiin.

      Padam
  3. Terima kasih atas peringatan. Good sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Eina.Moga ada kebaikkan yang diperolehi ya.Aamiin.

      Padam
  4. Di luar kotak untuk kebaikan bukan sebaliknya

    BalasPadam
  5. peringatan yg baik utk kite semuaa <3

    BalasPadam
  6. Setuju..syariat jangan diketepikan..

    BalasPadam
  7. Menjadi kreatif tiada salahnya, asalkan tidak melanggar syariat...

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..