Hijabkan Hati

HIJABKAN HATI | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. Bila berdoa sangat diharap-harapkan agar hijab Allah SWT itu terbuka dengan sangat dan paling luas sekali untuk kita dan untuk sesiapa sahaja.. Bahkan PC sendiri pun sangat berharap setiap doa-doa PC tidak terhijab untuk terus sampai kepada-NYA. Bicara hamba dengan Allah SWT adalah ketika kita solat dan beribadah.. ketika kita menadah tangan berdoa dan ketika kita berdoa dalam situasi apa pun sebenarnya.Itu kisahnya bila mana dalam bab berdoa.. jangan sampai hijab antar kita dan Tuhan tertutup paling rapat.. nauzubillah.

Hijab. Untuk mengulas lebih luas, lebih mendalam dan lebih teliti menenai berhijab (bertudubg/menutup aurat) PC rasa bukan bidang PC takut-takut tersalah dan takut-takut juga menyalahi serta menyakiti juga. Justeru dalam melunas tanggungjawab sebagai seorang muslimah.. sebolehnya PC sentiasa perbaiki cara PC berhijab yang mana sebolehnya lebih patuh syariah. Aamiin. Ingat, jangan mudah-mudah membuat kesimpulan dan terus-terusan menuding jari pada sesiapa pun kerana bukan sahaja orang lain, malahan diri kita sendiri pun boleh berubah bila-bila masa. Terus mendoakan yang baik-baik agar yang baik itu melantun kembali kepada kita lebih berganda hendaknya. InshaAllah. Aamiin.

Hijabkan hati. Tak nampak tapi ada. Salah satunya hati kita. Di situlah kita mengungkap janji. Di situlah kita berikrar. Di situlah tebal dan tipisnya iman. Allahu. Gudang dan bank pada segala permasalahan dan penyelesaian. Besar peranan hati pada jasad manusia. Besar juga pengaruhnya pada setiap tingkahlaku dan lisan setiap kita.Justeru penting sangatkah hijabkan hati?. Peribadi bagi PC, ya, sangat perlu kita hijabkan hati. Tutup hati kita dari menerima pelbagai hasutan dan rasa yang berupaya melumpuh dan membinasakan kebaikkan. Hijabkan hati kita dari menerima titik-titik hitam yang menggelapkan jiwa dan fikiran. Yang membawa kita ke lembah hina atau lembah rahmat itu adalah salah satunya disebabkan oleh hati.

related image
Hijabkan Hati | Google image

Allah, hijabkan hati kami daripada rasa yang membinasa.. andai hati kami mewah dengan bintik-bintik hitam yang merosakkan.. Engkau bersihkanlah.. gantikanlah seperti pepasir di gurun dengan kebaikkan dan kejernihan.. yang sentiasa menyebut nama-MU Ya Rabb..aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
HIJABKAN HATI





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama