Jangan Sakit hati Sangat Boleh Tak..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN SAKIT HATI SANGAT BOLEH TAK | Tajuk bukan main..macam ajak gaduh gayanya.Bulan Ramadhan ke..tak bulan Ramadhan ke bergaduh tu tak baik..ni dah masuk Zulkaedah pun ha.. tapi kadang dah nama pun manusia..terlepas juga cuma itulah..caranya sahaja berbeza-beza.Ada gaduh terang-terang bertumbuk bertampar tarik-tarik rambut guling-guling..ada juga yang macam tak ada apa-apa..rupanya tengah gaduh..hebat sungguh lakonannya..perang dingin menghanguskan jiwa namanya. 

Banyak punca orang sakit hati dengan kita atau kita sendiri sakit hati sangat dengan orang lain.Melalui perbuatan,perkataan atau kadang kita atau orang tak ada apa-apa pun tapi itu pun jadi punca rasa sakit hati..geram tahap ketuk paku sampai keluar percikkan api gitulah.Paku tak masuk,,eh papan terbelah dua..haa.

Banyak akibat ditanggung manusia berpunca daripada hati kita sendiri.Baik hati baik keseluruhan jasad kita manusia.Buruk hati..binasalah keseluruhan yang ada pada kita walau daripada pandangan kasarnya baik-baik sahaja.Terhindar daripada lakukan salah dan terpelihara daripada lakukan dosa itu bukan kita..tapi kita mampu mengawal dan menghindarinya.Boleh.InshaAllah.Mulakan daripada perkara yang kecil-kecil dululah..apa ada hal..yang penting cuba.

Contoh;

Kurus ke..gemuk ke..rendah ke..tinggi ke..hitam ke..putih ke..berjerawat ke..halus mulus ke..dan sebagainyalah yang sering dilaga-lagakan dan dijadikan isu perbandingan..jangan sakit hati sangat boleh tak..hihi.Pokok molek je dalam pasu..awak rembat sampai mati..kucing elok je tengah dating awak tangkap kurung sembunyikan dalam jamban.Awak sakit hati..sebenarnya diibaratkan awak sedang memercikkan api pada minyak yang pada asalnya tidak berbahaya pun.Awak mengeruhkan air yang awalnya air tersebut suci lagi menyucikan.

Hidup kita tak lama mana pun sebenarnya.Kalau Allah rezekikan kita usia yang panjang..kita pun tak tahu sihatnya kita sekadar mana..sakitnya kita juga sekadar mana.Kalau boleh jangan sakit hati sangat boleh tak..nikmatilah hidup ini dengan berlapang dada..supaya fikiran kita sentiasa tenang.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bersyukur apa adanya.. Rezeki dan koeadaan setiap orang itu berbeza-beza..
    Yang penting hargai, syukuri dan nikmati apa adanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa bersyukur itu inshaAllah boleh menyelamatkan hati.

      Padam
  2. HIDUP KITA SINGKAT SAJA NIKMATINYA DGN BERSYUKUR ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu kak PI..hidup yang singkat isilah dengan sebanyak-banyak kebaikkan.

      Padam
  3. Iye kak hidup ini tak lama pun sebenarnya, pejam celik hanya berapa lama je baki. Zaman sekarang banyak penyakit kan, yang muda belum tentu panjang umur yang tua harapnya sedar diri laa kan.. Husniey pun kadang geram dengan orang yang membandingkan kita dengan orang lain, yelah kita sendiri hidup seadanya aje. Takde nak bandingkan diri atau cemburu dengan orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Husniey..umur tu bukan syarat hidup atau mati..kalau tiba waktunya kembali juga..betul..ntah kak PC pun tak suka dibanding-bandingkan kerana kak PC percaya setiap kita ada buku takdir masing-masing.

      Padam
  4. betul tu... Hidup tak lama. tak perlu nak banding-bandingkan kita dengan orang lain. kena hidup seadanya, barulah happy selalu. kena think positif dan jauhi orang-orang yang negative thinking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..kelebihan..kekurangan setiap orang tak sama sebenarnya...macam tu juga rezeki orang lain-lain..

      Padam
  5. Sis sekarang amik pendekatan mudah,lantaklah apa orang nak gaduhkan, kita jaga diri kita dan jangan kacau kita...kalau sampai terjentuk je nama kita, haaaa itu memang cari gaduh hahahahaa

    BalasPadam
  6. Mrs. A kadang-kadang sakit hati juga tapi tulah janganlah sakit hati sangatkan buat apa haish! baik ambil pendekatan ada aku kisah hehehee...

    BalasPadam
  7. kan...
    tak pepasal haiwan didera nyer. kenapa?!
    tak suka. biarkan aje. tegur pemiliknya dgn baik.
    sakit hati sgt?
    sabar. sabar. sabar.

    BalasPadam
  8. Teringat kata2 seorang ustaz.. "bila hati kita mula mempersoalkan, 'kenapa dia dapat lebih sedangkan aku lebih baik dari dia?'.. ketahuilah, itu bisikan syaitan sepertimana syaitan berkata kepada Allah terhadap Nabi Adam".. Allahu.. moga dijauhkan kita semua.. nauzubillah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama