Cuba Lihat

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

CUBA LIHAT | Jumaat kembali. Alhamdulillah masih di sini. Moga semuanya sentiasa berada dalam kondisi yang Allah SWT sayangi.. Rasulullah SAW rindui.. Aamiin. 

Mungkin setiap manusia berusaha lakukan TERBAIK.. Namun dek banyaknya kekurangan dan khilaf di sana sini..tidak mustahil dan tidak hairan barangkali ada yang terlepas pandang..Cuba lihat.. 

Buka mata seluas-luasnya
Pandanglah langit ciptaan Maha Kuasa
Perhatikan lautan saujana mata memandang
Sayup dan redup 
Warnanya mendamaikan
Aromanya mencambahkan selesa

Buka mata hati selebar yang boleh 
Semampu yang berdaya
Nilai setiap apa yang telah diri beri
Syukuri apa yang diri terima dari Ilahi 
Jangan mungkiri janji 
Janji sedari alam rahim lagi

Cuba lihat siapa yang datang
Cuba lihat siapa yang kemudian pergi 
Cuba lihat siapa sentiasa disisi
Susah senang  hadirkan diri
Cubalah lihat  lagi dan lagi
Cuba lihat diri sendiri 
Jangan biar jadi insan rugi

Related image
Cuba Lihat 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulillah untuk hidup hari ni. Melihat sesuatu dari pandangan yang berbeza. Kita akan jumpa jawapannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak. Kadang perlu pandang berkali-kali dan lama.. Perhalusi satu per satu untuk dapatkan jawapan.

      Padam
  2. Alhamdllh mg dpermudahkan urusan semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah. Aamiin. Dan diberkati juga OLEHNYA.

      Padam
  3. Alhamdulilah salam Jumaat PC..
    Moga diri kita semua sentiasa ingat dan lihat apa yang ada seadaanya, agar sentiasa mensyukuri nikmat Allah swt...aamiinn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur sentiasa kan Sis. Mudah-mudahan bila syukur nikmat bertambah. Aamiin.

      Padam
  4. Alhamdulillah... Salam Jumaat Perdu Cinta

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Bila bangun pagi masih dpt lihat keindahan alam.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, semoga kita mampu melihat dan bersyukur pada nikmat dariNya

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah sentiasa syukur dengan nikmat yang diberi.

    BalasPadam
  8. Lihat dengan mata hati
    In syaa Allah kita tak akan tersasar

    BalasPadam
  9. Subhanallah walhamdulillah.. moga kita sentiasa tergolong dikalangan hamba2 yg sentiasa bersyukur atas nikmat kurnia Illahi.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama