Hari Ini

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HARI INI 

Halaman baru
Garisan baru
Bersih sunguh-sungguh
Cerita baru

Hari ini

Mungkin sahaja apa disebut dalam doa
Mungkin juga pernah singgah sebagai mimpi
Mungkin sekali yang didamba bertahun dulu
Tuhan tangguh untuk hari ini

Hari ini

Boleh jadi sambungan semalam
Permulaan hari esok
Tidak mustahil menjadi penamat dan noktah

Hari ini

Masih di sini
Untuk terus menikmati
Lebih berbakti
Jangan ingkar mensyukuri
Jangan lupa mentaati

Tinta Perdu Cinta ❤
Hari ini





2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Hari ni...rumah SA kembali sunyi...anak- anak buah semua dah balik...tinggal la kami 4 beranak kembali...esok kakak dania sekolah...esok SA sambung cuti...mana la nak pergi...

    BalasPadam
  2. hari inimilik kita nikmatinya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama