Hari Ini Dan Akan Datang Nanti

HARI INI DAN AKAN DATANG NANTIبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Hari ini, saat ini. Inilah kita. Seadanya diri ini. Diri PC, sahabat, sahabat dan sesiapa sahajalah. Inilah  apa adanya. Dengan sudut pandang orang. Dengan sudut pandang diri sendiri. Inilah.

Boleh jadi banyak kurangnya dalam hal kebaikkan, tapi lebih banyak dan berat kepada kurang baiknya. Dan, boleh jadi telah banyak lebihnya dalam perkara yang positif dan berjaya meminimunkan dalam melakukan perkara negatifnya.

Hari ini sudah hari ini. Esok belum tentu. Tapi esok ada antara inti patinya boleh kita mula usahakan hari ini. Merancang. Semoga apa yang kita rancang ada campurtangan takdir Tuhan dalam rancanganNYA yang mewah dengan kebaikan, keberkatan dan kemudahan.

Jangan pernah fikir orang baik itu memang dilahirkan sudah menjadi baik. Jangan pernah beranggapan orang jahat itu memang daripada hari pertama lahir sudah jahat. Dan jangan salahkan takdir. paling pasti setiap yang lahit itu tersangatlah bersih zahir batinnya. Perbezaan bersih dengan baik dan jahat ini seperti makanan. Bersih belum tentu suci. Bersih belum tentu halal. Tapi halal dan suci itu yang terbaik. 

Arang hitam. Akan terus hitam. Tapi boleh memutihkan yang lain. Minyak wangi itu wangi kalau dipakai pada kadarnya, namun bertukar menyesakkan pernafasan bila ianya dipakai berlebihan.

Kalau hari ini mungkin kita berasa kurang baik, bukan kita langsung tidak boleh berubah. Boleh kalau mahu. Jika detik ini kita disanjung dengan perbuatan kebaikkan, tidak mustahil esok kita boleh berubah dek rebah dengan sanjungan. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hari Ini Dan Akan Datang Nanti

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan akan datang nanti kita hadapi dengan bekalan hari ini InSyaAllah :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..In sya Allah MrsA. Kita doa yang terbaik untuk semua.

      Padam
Terbaru Lebih lama