HARI KETUJUH SETELAH KEBENARAN MERENTAS NEGERI

HARI KETUJUH SETELAH KEBENARAN MERENTAS NEGERI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. 11. 10. 2021. Barangkali menjadi satu detik yang tercatat dalam kelendar masing-masing, setelah sekian lama, kebenaran untuk merentas negeri diumumkan juga akhirnya. Walau sebenarnya kita semua tidak lagi bebas daripada virus Covid-19. Bererti hari ini, sudah memasuki hari ketujuh setelah pengumuman kebenaran merentas negeri dilakukan. Bersyukur?. Tentu sekali. Alhamdulillah. Walau hati dan fikiran tidak sepenuhnya berasa lapang dan tenang.

Apa yang diharapkan sudah dapat. Bebas mahu ke mana sahaja. Namun bebasnya kita bebas yang sentiasa diintai oleh virus walau di mana sahaja kita sedang berada. Inilah hakikatnya sejak dua tahun kebelakangan ini hinggalah detik ini. Mahu tidak mahu kita perlu hadapi dan terima walau dengan rasa bimbang yang masih bersarang dihati dan fikiran. 

Tentu sudah ada yang sampai ke kampung halaman masing-masing bertemu ibu bapa, adik beradik dan saudara mara kan. Alhamdulillah. Atau mungkin ada juga yang sedang menikmati waktu cuti ke destinasi percutian bersama-sama keluarga juga saat ini. Tak apalah, asal tetap sahaja menjaga apa yang perlu dijaga dan diperhatikan. Sentiasa. Kita manusia biasa, adakala lalai juga. Tapi harapnya bila kita terlalai itu Allah sentiasa lindungi kitalah semua.

Hari ketujuh setelah kebenaran merentas negeri. PC masih lagi di rumah. En suami bekerja seperti biasa. Ada perancangan nak bercuti dan balik kampung tapi keadaan masih belum mengizinkan. Tuntutan tugas en suami. Pasti berhikmah. Sungguh, hati nak sangat-sangat balik kampung. Allahu. Rindu.

Segenap sisi sudah kembali aktif. Sana sini. Sesiapa sahaja. Di mana-mana sahaja. Kembali banyak yang hidup semula. 

Semoga, keadaan terus membaiklah untuk kita semua dihari-hari mendatang. Dapat melakukan aktiviti seperti sediakala. Walau dalam keadaan yang jauh berbeza tapi tetap sahaja beraktiviti sihat dan terlindung daripada sebarang virus juga permasalahan. Kita jaga kita. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga negara kita. Paling UTAMA kita jaga hubungan dengan Allah swt minta DIA sentiasa jaga kita. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
HARI KETUJUH SETELAH KEBENARAN MERENTAS NEGERI 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama