HUJUNG KAMPUNG TEPI PANTAI

HUJUNG KAMPUNG TEPI PANTAI |  Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt.
Terpencil bukan bererti terus kecil dan dipandang kerdil. Cukup berasa kecil dan kerdil DIPANDANGAN ALLAH SWT kerana sememangnya kita hamba-NYA dan makhluk. Dari sudut mana pun selagi boleh.. Kuak sedikit ruang dan peluang mencari bias sinar agar dapat dan nampak indahnya dalam kehidupan yang masih ada dan sentiasa Allah SWT selitkan. 

Hujan tidak berterusan hujan begitu jugalah panas... tidak terus dan sentiasa panas. Bersilih ganti Allah SWT beri untuk sekalian alam yang menghuni dan mengisi muka bumi ini untuk menikmati. 

Rezeki tetap rezeki. Tiada istilah tiada rezeki kerana sedari dalam rahim ibu lagi Allah SWT telah tetapkan rezeki terbaik untuk setiap hamba dan makhluk yang diciptakan oleh-NYA. Barangkali belum rezeki hari ini dan tidak seperti yang kita harapkan.. percayalah ada sahaja rezeki lain. Bererti rezeki tetap dan sentiasa ada. InshaAllah. Aamiin. Awak usaha awak dapat.

HUJUNG KAMPUNG TEPI PANTAI
Gambar Hiasan

Kebaikkan tidak semestinya manusia atau makhluk lainnya perolehi sedari awal. Ada juga yang sedari awal mewah dengan liku dan duri perlu ditempuhi. Tidak kurang juga badai itu singgah dipertengahan perjalanan kehidupan. Allah SWT aturkan. DIA telah lebih tahu dan mahu. Allahu. 

Indah itu kadang lambat dan jauh. Barangkali bertahun baharu kita temui dan perolehi. Namun sekali kita dapat kita akan lebih dan sangat-sangat hargai kerana manisnya hikmah dan rasa bahagia itu kalu milik kita akan tetap dipinjamkan kepada kita. Sabarlah.Hujung kampung tepi pantai.

Tinta Perdu Cinta ❤
HUJUNG KAMPUNG TEPI PANTAI 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih berkongsi. Entry yang sesuai dengan mood sebab tengah down. Huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama