SUSAH

SUSAH

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Susah untuk mengerti
Lebih memilih berpaling 
Lebih memilih meninggalkan pergi
Kalau boleh pilih
Pilihlah jangan

Alasan demi alasan
Mahu menjaga diri sendiri 
Mahu menjaga periuk nasi juga lagi
Baiklah
Silakan

SUSAH
Gambar Hiasan

Manusia
Susah dibaca isi hatinya
Terkadang pentignya cuma tengkuk sendiri
Tengkuk orang dilibas sesuka hati
Sampainya hati

Empatinya mati
Dengan darah daging sendiri disepi
Disisih menyendiri
Nanti ada mahunya baru mencari

Jangan begitu wahai manusia
Hidup sementara cuma
Kau atau aku
Aku atau kau
Siapa dulu sahaja
Kemabali menghadap Ilahi

Disementara detik yang ada
Perbaiki kurang di mana-mana 
Perbetulkan apa sepatutnya 
Sebelum siapa salah satunya tiada

Ya
Susah
Ya
Sentiasa ada

Kuncinya
Mahu atau tidak
Usaha atau pasrah
Rajin atau malas
Ikhlas atau mengungkit

Tinta Perdu Cinta ❤
Susah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sha sangat suka rangkap ini..

    Empatinya mati
    Dengan darah daging sendiri disepi
    Disisih menyendiri
    Nanti ada mahunya baru mencari

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama