Mencari Keberkatan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MENCARI KEBERKATAN | Sikit cukup. Banyak dikongsikan. Mencari keberkatan untuk mendapatkan keberkatan. Punca dan permulaan daripada apa yang diperolehi adalah perbuatan dan niat pertama sebelum memulakan. 

Masih ramai yang kisah akan hal keberkatan pada setiap apa yang sedang diusahakan dan mengharapkan ada nilai keberkatan pada apa yang sedia ada dalam genggaman. Namun begitu tidak mampu dinafikan..masih ada juga yang ambil mudah dan tidak kisah pun dengan nilai keberkatan.

Keberkatan itu adalah hasil redha ibu bapa.. Redha Allah SWT.. Bercambah daripada kejernihan hati dan ketulusan fikiran.Kombinasi yang mudah namun berat. Sebolehnya PC dan sahabat semua berusaha mencari keberkatan di dunia.. Moga berat timbangan kebaikkan diakhirat.Aamiin.

Jumaat akhir di bulan Ogos 2019.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

8 comments:

  1. semoga rezeki yg kita dpt ini dipenuhi dgn keberkatan...

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua akan sentiasa hidup dlm keberkatan..
    Salam Merdeka PC.. :)

    ReplyDelete
  3. sgt penting sesuatu tu berkat :)
    kena utama kan keberkatan.

    ReplyDelete
  4. SEMOG BEROLEH RAHMAT DAN KEBERKATAN-NYA

    ReplyDelete
  5. keberkatan itu hadir bersama redho-Nya

    ReplyDelete
  6. buat sesuatu kerana Allah s.w.t, hidup tenang selalu..

    ReplyDelete
  7. Keberkatan itulah yg paling utama dlm kehidupan.. moga kita semua sentiasa dirahmati dgn keberkatan dunia dan akhirat.. aamiin.

    ReplyDelete
  8. Bila berkat pasti cukup walaupun sedikit..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.