Setelah 62 Tahun Merdeka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SETELAH 62 TAHUN MERDEKA |1957 - 2019..setelah 62 tahun merdeka..hari ini..31 Ogos.Kecil besar muda tua..masing-masing bangkit bersemangat..meraikan dan mengenang hari kemerdekaan negara Malaysia.Negara kita.Allahuakbar.Alhamdulillah.Warna warni di sana sini.Bendera berkibar megah diserata pelusuk..subhanaAllah.Moga jiwa-jiwa rakyatnya terus hidup..terus sayang dan cinta negara.Ingat dan sentiasa menghargai.Selalu menjaga.Aamiin.

Tema;
Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih

SETELAH 62 TAHUN MERDEKA

Merah putih kuning biru
Berkibar di mana-mana
Tidak dihari istimewanya sahaja
Tapi sentiasa
Ya sentiasa megah

Mata rakyatnya sentiasa melihat
Mata rakyatnya selalu memerhati
Biarpun hanya dari hujung mata
Walaupun cuma sekadar lirikkannya sahaja

Bukan selembar kain berwarna warni biasa
Bukan suka-suka dipasang di mana-mana
Ianya lambang
Ianya identiti sebuah negara
Ya,sebuah negara
Negara yang berperlembagaan
Negara yang berdaulat
M A L A Y S I A
Negara kita

Kita
Anak bangsa
Kita
Warganegara
Kita
Rakyat 
Kita
Berbilang bangsa agama dan budaya
Ya kita!

Cuba tanya semula
Sejauh mana kita sayang
Sebanyak mana kita menghargai
Sebesar mana rasa cinta
Cuma dibibir tidak dijiwa
Atau;
Sudah tiada rasa tawar dan hambar semuanya

Setelah 62 tahun merdeka
Janganlah buka ruang dijajah lagi
Janganlah buka laluan ditindas lagi
Janganlah terlelu terbuka demi mengikut kehendak dan telunjuk berduri

Yang bakal tercemar kita sendiri
Maruah bangsa
Air muka keturunan juga
Jangan menjadi bangsa bangsat
Jadilah bangsa yang bangkit bersemangat pada masa dan tempat

related image
Setelah 62 Tahun Merdeka

#sama-sama mencari redha Allah SWT

8 comments:

  1. Salam Kemerdekaan yang ke-62 :D

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kemerdekaan dan Salam Awal Muharram 1441H juga ya.

      Delete
  2. Adakala kita perlu memandang ke belakang demi menghargai anugerah yg kita perolehi untuk kita terus maju ke hadapan.. salam kemerdekaan PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.