Header Ads

Halaman Baru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HALAMAN BARU 

Indah sungguh melihat fajar
Duduk santai jangan terkejar-kejar
Setiap hari teruslah belajar
Tiada istilah lambat mengejar 

Ayuh semua Rapatkan saf
Jangan dilupakan golongan asnaf
Tiada insan lepas khilaf
Paling utama berusaha insaf

Gelap malam sanggup diredah
Kepada Allah sentiasa berserah
Apa yang sudah biarkan sudah
Ambil sahaja sekadar berfaedah

Hari ini mampu berkereta
Siapa tahu esok berkelana
Ada baik ada buruknya
Besarkan yang baik banyak hikmahnya

Jangan asyik pergi betburu
Hingga lupa waktu dengan Tuhanmu
Usah dicuit kisah dulu itu
Bukalah halaman yang baru

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

logoblog

14 ulasan:

  1. hai PC. lama tak singgah sini. Rindu dengan tulisan2 puitis PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haiiii.. Alhamdulillah terima kasih singgah ye.. :)

      Padam
  2. Salam pc... nice sharing... semoga pc sihat selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Kak.Terima kasih kak. InshaAllah. Aamiin.

      Padam
  3. Usah diungkit kisah aib orang,
    jika itu mampu memburukkan keadaan.
    Bukalah halaman yang baru. hehehe

    BalasPadam
  4. InsyaAllah.. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. Belajar dari kesalahan dan sentiasa menjaga iman dan takwa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Aamiin. Tiada yang sia-sia bila Allah SWT izin sesuatu itu terjadi.

      Padam
  5. Halaman lama jangan dilupakan
    Yang baik jadikan panduan
    Yang kurang jadikan pengajaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Baik teruskan.. Sebaliknya Biarkan jadi pengajaran.

      Padam
  6. Nasihat yg baik buat renungan dan peringatan. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..