Header Ads

Pilih Kata-kata Yang Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PILIH KATA-KATA YANG BAIK | Bermula dengan memilih perkataan yang baik-baik..nanti menjadi kata-kata yang baik bila dilisankan.

Tidak perlu pun guna kata-kata yang berbunga-bunga.. yang manis  atau halus yang amat.. Kalau bagi pendapat PC cukuplah sedap didengari.. tidak sakit hati dan ringan tetapi sopan ditambah dengan intonasi yang menampakkan diri berakhlak dan tahu adab.

TIDAK SEMUA  namun entah mengapa..tidak kurang yang masih remaja atau sudah cukup dewasa waima yang tua pun masih ada yang kata-katanya asal boleh ikut suka sahaja.Peribadi bagi PC.. orang tua itu contoh yang mencontohkan supaya boleh dicontohi. Wallahuaklam.

Andai mahu disantuni dengan baik, terlebih dahulu menyantuni dengan lebih baik. Selagi rasa betul dan sentiasa benar tebal dalam diri, selagi itulah banyak kesilapan dilakukan.Pilihlah kata-kata yang baik supaya tertinggal kesan yang baik. Aamiin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

logoblog

17 ulasan:

  1. Betul, jika tiada apa yang nak diluahkan better diam dari menyakiti hati orang dengan kata- kata yang tajam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih selamat kan kak SA kalau diam.. PC rasa itu lebih baik kerana dapat juga kurangkan dosa. Dengan syarat dalam hati jangan mengumpat atau berbisik-bisik juga.

      Padam
  2. kata-kata yang tak elok sangat terkesan kat hati

    BalasPadam
  3. Betul.. kata2 yg baik akan sentiasa di ingati.. kata2 yg buruk meninggal kan kesan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Merisaukan kata-kata buruk menjadi dendam akhirnya.

      Padam
  4. Ada org kata mulut aku jahat tp hati aku baik. Susah juga t. Hati yg baik selalu kata2 yg baik akan keluar dr mulut dia kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tu yang kadang PC pun keliru.. Kalau apa yang diucapkan pun menyakiti.. Sedangkan ianya daripada hati.

      Padam
  5. Betul sangat tu PC bukan setakat berkata-kata sahaja
    tulisan status di media-media sosial pun sama pilihlah perkataan yang baik-baik sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak. Setuju. Sebab melalui tulisan juga boleh buat orang lain sedih dan sebagainya.

      Padam
  6. Perlu jadikan kebiasaan bertuturperkar yg baik saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. InshaAllah. Aamiin.Untuk kebaikkan diri sendiri juga nantinya.

      Padam
  7. Tutur kata melambangkan keperibadian kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la Pakcik WP. Orang menilai daripada tutur kata kita.

      Padam
  8. Kata-kata juga menjadi asbab pahala kita diterima atau tidak di akhirat nanti.. sama2lah kita menjaga tutur kata agar sentiasa yg baik2. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Bukan ibadah je diambil kira. Lisan kita pun menyumbang pahala atau dosa.

      Padam
  9. betul tu PC.. Yang tua haruslah menunjukkan contoh yang baik supaya boleh diteladani oleh yang muda..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..