Header Ads

Lepaskan Tengkuk Sendiri Jangan Diikat Kaki Orang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LEPASKAN TENGKUK SENDIRI JANGAN DIIKAT KAKI ORANG | Dunia ini tidak ubah seperti gelanggang. Tidak ubah juga seperti luasnya padang. Boleh digunakan mengikut suka dan kesesuaiannya. Namun begitu ada garisan yang tidak boleh sewenang-wenangnya dilangkah. Ada tembuk yang jangan sesuka hati mahu dipecahkan.

Tidak perlu pergi jauh.. PC lihat diri sendiri pun terkadang takut sendiri. Kebaikkan yang boleh dihitung itu buat PC tersenyum lega sedangkan khilaf yang dilakukan lebih daripada pepasir dipinggir pantai buat tidur malam tidak lena dan gelisah.Mengalir air mata. Sesal. Takut. Bercampur aduk.Faktor umur juga menyumbang. Situasi sekeliling mempengaruhi fikiran dan perasaan juga. Allahuakbar.

Disaat diri yakin dengan seribu keyakinan berada dalam landasan kebaikkan dan menuju titik perubahan.. Terselit rasa yang bukan-bukan juga.Itulah ujian sebenarnya. Nauzubillah. Maknanya manusia.. Tidak boleh berat meminta-minta padaNya sentiasa supaya terjaga terutama hati yang paling perlu diawasi sebaiknya.

Tiada siapa yang menolak keselesaan, ketenangan,nama yang baik, maruah yang terpandang jernih. Sebolehnya semua mahu terjaga.Syaratnya jangan lepaskan tengkuk sendiri Jangan diikat kaki orang. Kalau pun berjaya atau menikmati.. Hati tidak tenang.. Keberkatannya melayang-layang. 

related image
Lepaskan Tengkuk Sendiri Jangan Diikat Kaki Orang | Google image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

9 ulasan:

  1. memang zaman sekarang byk manusia perangai cenggitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbahaya sungguh.Perlu sentiasa hati-hati.

      Padam
  2. Kebanyakkan sekarang lebih kepada lepaskan tengkuk sendiri, kata lain jaga bontot sendiri. Walaupun kawan baik. Allahu.. mohon kita semua terpelihara hendakNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila saudara sendiri atau kawan baik sendiri yang buat... Sakitnya lebih Shu.

      Padam
  3. masalahnya bila tengkuk sendiri lepas bebas dan kaki orang lain dikat sekuatnya..
    ramai yang begitu, sampai terpaksa berhati-hati memerhati keliling agar kaki tak terikat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sha.. Allahu. Menzalimi sungguh. Itu yang buat rasa kesal.

      Padam
  4. Ramai yang penting diri sendiri,hanya fikirkan tengkuk sendiri aje. Kita boleh lihat contohnya di jalanraya kurang timbang rasa masing masing nak laju tak fikir orang lain dah..

    BalasPadam
  5. Betul tu.. diibaratkan juga seumpama org lemas ditekan orang lain agar dpt timbul bernafas. Moga kita semua dijauhkan dari sifat2 atau tergolong dikalangan insan2 spt ini.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..