Header Ads

Menjadi Akar Yang Kuat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENJADI AKAR YANG KUAT | Sekencang mana  pun tiupan angin.. Semahal mana harga dan sebaik mana kualiti racun yang diguna untuk membunuh.. Kalau akarnya kuat agak sukar pokok itu rebah ke bumi dan mati kecuali atas kehendak-NYA.

Akar.. Asas pada tumbuhan.. Sebenarnya sebagai manusia juga ada akarnya. Ada asasnya yang mesti sentiasa diperbaiki dan dijaga sebaik-baiknya.

Siapa pun kita. Ibu bapa. Anak. Suami. Isteri. Datuk. Nenek. Abang. Kakak. Majikan. Pekerja. Jiran sekalipun mesti berusaha menjadi akar yang kuat untuk satu dengan yang lain.

Boleh sentiasa saling positif. Berganding bahu. Semuanya bermula daripada terasnya. Kekuatan akarnya yang ada pada dan dalam diri masing-masing.Jaga Allah SWT.Sayang Rasulullah SAW.Sabar. Bijak dan rasional bertindak. Inilah antara akar utama yang mesti dibiakkan.Aamiin.

Penting menjadi akar yang sangat kuat lebih-lebih lagi bila menampung dahan yang besar.. ranting yang banyak.. daun yang rimbun..moga bila berbuah nanti boleh dinikmati ramai orang. InshaAllah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


logoblog

11 ulasan:

  1. InsyaAllah mudah-mudahan kita mampu jadi akar yg kuat. Salam Maal Hijrah PC.

    BalasPadam
  2. inshaAllah semoga kita terus istiqomah. aamiin

    BalasPadam
  3. Semoga akar perpaduan kaum di negara kita Malaysia tercinta ini akan terus bertahan dan dipertahankan dari pelbagai racun yang dah mula timbul sedikit demi sedikit pada masa kini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat-sangat MrsA. Demi masa depan yang bakal dilalui anak-anak.Kesiam mereka.

      Padam
  4. Mudah-mudahan kita menjadi akar yang kuat dan kukuh.. Aamiin..

    BalasPadam
  5. Akar2 perlu ada tunjang yang kuat.
    Hidup kita bertunjangkan ad-din

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Pakcik WP. Kuat asasnya InshaAllah kukuh lainnya.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..