Header Ads

Terlepas Pandang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERLEPAS PANDANG | Andai mencari kesempurnaan takut memenuhi satu titik yang menghancurkan..kufur nikmat.. Jika tidak berusaha memperbaiki apa sepatutnya takut menjadi malas. Antara keduanya letakkan rasa bersyukur dan sifat kesederhanaan.

Manusia
Balik-balik manusia
Ya kerana kita ini manusia
Rapuh pendirian
Rapuh keimanan
Rapuh perasaan

Dendam pun bercambah
Kian hari kian bertambah
Kerana tidak sekata
Kerana tidak sama
Kerana berasa diri sempurna

Bila ada yang mengata
Ambil untuk cerminan
Bila ada yang menegur
Ambil untuk perbetul
Bila ada yang nasihati
Ambil untuk ingatan

Wajar
Terlepas pandang
Dengan lisan
Dengan perbuatan
Namun
Jangan dizalimi
Jangan dihakimi
Jangan disisih
Pandang diri sendiri
Takut nanti
Diri sendiri pun terlepas pandang

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

logoblog

19 ulasan:

  1. Maafkan Sis jika terlepas pandai post-post PC, baru berkesempatan nak blog walking dan komen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Sis.. PC pun banyak terlepas pandang entri yang Sis kongsi kan.. Terima kasih selalu singgah di blog PC.

      Padam
  2. salah satu sifat manusia yang tak mustahil berlaku pada semua orang

    BalasPadam
  3. BERSEDIA TERIMA TEGURAN DEMI KEBAIKAN

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum PC. pekabo hrini? sihat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam AA. Khabar baik.. Alhamdulillah sihat seadanya.

      Padam
  5. sama2lah kita muhasabah diri sentiasa..=)

    BalasPadam
  6. kadang-kadang manusia itu berbolak balik hatinya, namun selagi ada iman yang teguh kita akan terus berusaha mencari redha allah swt agar tidak jauh tersasar dari landasannya, in shaa allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak. Hati kita Allah SWT yang jugakan. Justeru bila orang lain terlepas pandang Jangan terus dituding jari.

      Padam
  7. Moga Kita takde terlepas landng perkar yg Wajib

    BalasPadam
  8. sebagai manusia kita tk lari kdg2 dr terlepas pandang sesuatu perkara kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat. Termasuklah PC. Kerana kita manusia biasa yang sentiasa belajar untuk terus jadi baik.

      Padam
  9. Bila ada yang mengata kena cerminkan diri juga tu sesekali muhasabah silap kita dimana kan..

    BalasPadam
  10. harini baru sempat blogwalking kak PC. sebelum ni sempat approve komen dalam blog sndiri. salam Jumaat yang indah

    BalasPadam
  11. Kita manusia yg serba kekurangan.. moga kita dpt sentiasa memperbaiki diri agar sentiasa beroleh keberkatan Illahi... aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..