TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Habis menangis mata pun sembab
Pastikan tahu apa puncanya
Setiap kita punya tanggungjawab
Bukan sekadar dilisan diungkap sahaja

Kalau tengok cerita Ahmad Albab
Banyak pengajaran daripadanya
Jangan difikir sendiri bertanggungjawab
Setiap makhluk ada peranannya juga

TANGGUNGJAWAB
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Ada flora ada fauna
Semua hidup atas izinNYA
Kalau dirasa sudah cukup sempurna
Hakikat hidup semua banyak kekurangannya

Jalan-jalan ke Kota Melaka
Dapatlah membeli sedozen cencaluk
Bukan sekadar kepada manusia
Tanggungjawab juga pada sesama makhluk

Awal pagi masih berkabus
Kabus tebal diredah rakus
Mengejar redha Allah itu bagus
Jangan mengabaikan tanggungjawab yang digalas

Tinta Perdu Cinta ❤
TANGGUNGJAWAB


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama