SANGAT-SANGAT SUDAH SEMAKIN MENGHAMPIRI RAMADAN

SANGAT-SANGAT SUDAH SEMAKIN MENGHAMPIRI RAMADAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Salam Jumaat indah semua. Hari pertama dibulan April. Sudah berada dibulan keempat sekarang.  Alhamdulillah. Sudah melangkah ke bulan April 2022 kita semua. Bererti sudah semakin menghampiri bulan Ramadan juga kan. Panjang umur, ada rezeki  kita akan berpuasa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. 

Teruja ke tidak. Jujur untuk diri PC sendiri setiap tahun sangat teruja dan sangat-sangat gembira menanti Ramadan. Entah tak tahu kenapa memang daripada kecil PC suka bulan Ramadan. Mungkin kalau dulu masa kecil suka bulan Ramadan sebab babah rajin bawa pegi cari dan beli kurma. Tiap petang pegi bazar Ramadan. Sebenarnya bukan cuma kurma yang jadi sasaran. Hehehehe.

SANGAT-SANGAT SUDAH SEMAKIN MENGHAMPIRI RAMADAN

Anak kecil genggam erat jari telunjuk babahnya.  Kalau jumpa orang kampung mesti mereka cakap ini macam bapaknya versi perempuan. Sampai sekarang pun. Cuma tinggi je warisan maknya. Lain bapaknya. Hahaha. Memori itu yang selalu segar difikiran PC. Seronoknya Ramadan bawa sampai tua. 

Berpuasa dibulan Ramadan ni berat.  Wajib puasa. Rukun Islam. Bila tinggal wajib qada. Kecuali dengan alasan dan sebab tertentulah. Ada kelonggaran. Ada kemudahan. Islam itu indah. Islam sangat-sangat memudahkan. Tapi kita jangan ambil mudah. 

Sangat-sangat sudah semakin menghampiri Ramadan. Bulan mewah pelbagai juadah.  Bermacam menu. Lauk pauk. Kuih muih. Minuman. Semua ada.  Cuma tahan atau tidak sahaja iman mengawal nafsu dan menahan diri. Ditambah dengan harga barang kian meningkat. Berpada-padalah ketika membeli ya. Elakkan pembaziran. 

Tinta Perdu Cinta ❤
SANGAT-SANGAT SUDAH SEMAKIN MENGHAMPIRI RAMADAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. abe kie makan sikit je bln puasa nanti. cuma utk kelangsungan hidup gitu!

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut ramadhan :)

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa PC
    Bila kita yang kerja ini, rasa macam nak cuti sebulan sebab tak nak layan jem setiap petang bila nak balik kerja

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama