SUDAH BERAKHIR BULAN MAC 2022

SUDAH BERAKHIR BULAN MAC 2022 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALLAH masih mengizini PC berkongsi sesuatu. Semoga ada manfaat yang boleh dimanfaatkan. Ya Allah, hari ini hari terakhir bulan Mac 2022. MasyaAllah. Bila hari ini hari terakhir bulan Mac, bermakna esok kita dah melangkah ke bulan April.

Sembilan puluh hari telah kita lalui tahun ini. Alhamdulillah. Diam tak diamkan. Berlalu pelbagai warna, cerita dan ukiran ditahun ini. Bagai baharu semalam melangkah ke tahun baharu. Cuma tidak tahu PC rasa seperti biasa-biasa sahaja atau mungkin kerana kita semua masih berada dalam keadaan mesti berjaga-jaga. Tidak boleh terlalu ghairah juga beraktiviti. Walaupun masing-masing sudah menerima suntikan vaksin lengkap dan seterusnya dos penggalak.

SUDAH BERAKHIR BULAN MAC 2022

Kalau nak kata tidak boleh pergi ke mana-mana agak mustahillah. Buktinya sudah ramai yang ke mana-mana juga. Tapi PC setakat ini perjalanan paling jauh balik kampung. Itu yang paling dinanti dan memang mahu dijadikan kemestian. Merap di rumah mama babah. Bila balik rumah mertua merap di rumah juga. Walaupun sudah vaksin ada satu rasa yang masih menghadkan langkah kami dan sentiasa berjaga-jaga sebagai usaha.

Sepanjang sembilan puluh hari yang telah berlalu, paling banyak undangan walimatulurus daripada sahabat en suami. Ada yang kami penuhi. Ada yang tidak dapat kami penuhi dengan sebab yang tidak dapat dielakkan. Anak buah baharu pun ramai juga yang selamat dilahirkan. Alhamdulillah. Yes. 

Apa perancangan ke depan dan seterusnya sahabat blogger. PC tentu sahaja meneruskan apa yang tidak lagi terlaksana sepanjang tiga bulan yang telah berlalu. mana yang dah berjaya dicapai, maka lebarlah senyuman. Mana sebaliknya kena tunda senyum tapi gandakan usaha.

April bakal bermula esok. Semoga kita semua menjadi bertambah berkualiti dalm mengurus urusan kehidupan. Lebih-lebih lagi dalam urusan beribadah kepadaNYA. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
SUDAH BERAKHIR BULAN MAC 2022 
 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. tahun ini cepat betul berlalu macam tahun 2020 dan 2021, moga tahun ni kita boleh bebas balik kampung untuk beraya, moga semuanya akan kembali pulih seperti di tahun 2019

    BalasPadam
  2. Kejap aja rasakan PC.. moga amalan kita terus bertambah dan diberkati Allah...

    BalasPadam
  3. SELAMAT TINGGAL MAC BERMULA CERITA APRIL

    BalasPadam
  4. KA dan isteri dah sibuuk planning untuk sambut Ramadhan dan melaluinya supaya lebih baik dari yang sudah-sudah.

    BalasPadam
  5. The currently available M1 MacBook Pro 13 will be replaced with a MacBook Pro 14 with an M2 chip in the 2H of 2022. It will receive a slight price increase over the previous generation. Alongside this release time frame, we will receive the redesigned M2 MacBook (Air).

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama